Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mekanik didakwa atas tuduhan bunuh kanak-kanak tiga tahun
  • MAHKAMAH

Mekanik didakwa atas tuduhan bunuh kanak-kanak tiga tahun

Utusan Sarawak 4 days ago

SEORANG lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong dekat sini, awal bulan ini. Mohammad Shukri Ryan, 32, yang bekerja sebagai mekanik, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, Mohammad Shukri didakwa membunuh Nurzahieyka Zainuddin, 3, di sebuah rumah di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah kira-kira 7.45 malam, 7 Okt lepas. Foto BERNAMA

KUCHING: Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong dekat sini, awal bulan ini.

Mohammad Shukri Ryan, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Nurzahieyka Zainuddin di sebuah rumah di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah kira-kira 7.45 malam, 7 Oktober lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Nursyaheeqa Nazwa menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng manakala Mohammad Shukri tidak diwakili peguam.- Bernama

Continue Reading

Previous: Inkues: Pelajar senior akui marah, jerit pada Zara Qairina sehari sebelum insiden
Next: Kes rogol di Melaka: Dua pelajar didakwa di mahkamah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.