Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • MEITD peruntuk RM80,000 perkasa program DLP, pengajaran STEM
  • PENDIDIKAN

MEITD peruntuk RM80,000 perkasa program DLP, pengajaran STEM

Utusan Sarawak 21 hours ago
DATUK Dr Annuar Rapaee merasmikan Webinar Pendidikan Sarawak 2025 di SK Abang Leman Kabong, hari ini. Turut hadir ialah Dato Mohd Chee Kadir. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Pelaksanaan Program Dwi Bahasa (DLP) merupakan inisiatif penting dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja memahami konsep sains dan matematik dengan mendalam tetapi juga mampu berfikir secara kritis dan berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata pelaksanaan Ujian Penilaian Program Dwi Bahasa (UPDLP) Sarawak juga akan menjadi penanda aras keberkesanan program tersebut di sekolah terlibat sekali gus menyokong aspirasi negeri dalam memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Webinar Pendidikan Sarawak 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong, hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

Beliau turut menggariskan beberapa inisiatif utama kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak, antaranya bantuan laptop percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang layak bagi menyokong transformasi digital pendidikan.

DATUK Dr Annuar Rapaee merasmikan Webinar Pendidikan Sarawak 2025 di SK Abang Leman Kabong, hari ini. Turut hadir ialah Dato Mohd Chee Kadir. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Selain itu, pendidikan tinggi percuma bermula 2026 untuk pelajar Sarawak yang mengikuti pengajian sepenuh masa di IPT milik kerajaan negeri dalam bidang STEM, undang-undang, perakaunan dan perubatan, termasuk elaun sara hidup untuk pelajar berpendapatan rendah.

Bantuan wang saku RM1,200 setahun kepada pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPT seluruh Malaysia, disalurkan melalui aplikasi S Pay Global.

Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) yang menawarkan pendidikan menengah bertaraf antarabangsa kepada pelajar cemerlang.

Webinar Pendidikan Sarawak 2025 dilaksanakan secara mingguan melalui platform digital seperti YouTube dan Facebook, memberi peluang kepada pelajar seluruh negeri mengikuti ceramah, bengkel dan sesi interaktif tanpa kekangan lokasi.

Pada majlis tersebut, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) menyerahkan peruntukan RM80,000 kepada Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak (PAGS) untuk Program Webinar Pendidikan 2025, diikuti sumbangan RM3,000 daripada PAGS kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Abang Leman Kabong.

Program anjuran PAGS dengan sokongan MEITD serta kerjasama Majlis Guru Cemerlang Sarawak (MGSar) ini bertujuan memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, di samping menyokong pelaksanaan Penilaian Standard Program Dwi Bahasa (DLP) di sekolah. 

Guru diberikan pendedahan strategi pengajaran berkesan, manakala murid dibimbing dengan teknik menjawab soalan pelaksanaan Ujian Penilaian Standard Program Dwi Bahasa (UPDLP) yang dijadualkan berlangsung Oktober ini.

Dr Annuar berharap usaha ini dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar untuk menguasai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sekali gus memperkukuh penguasaan STEM dalam kalangan generasi muda Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 27 pelajar UIAM lawat Pusat Kelab Sape Dayak Sibu untuk kajian akademik
Next: Lahirkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dalam era transformasi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.