Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • MEITD nafi lantik ejen tawar pendidikan percuma, ingatkan masyarakat berwaspada
  • PENDIDIKAN

MEITD nafi lantik ejen tawar pendidikan percuma, ingatkan masyarakat berwaspada

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KEMENTERIAN Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) menegaskan tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen atau pihak ketiga untuk menawarkan pendidikan percuma, termasuk Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES). Foto MEITD

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) menegaskan tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen atau pihak ketiga untuk menawarkan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi, termasuk Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES).

Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, MEITD memandang serius maklumat yang diterima berhubung tindakan segelintir pihak yang menjanjikan peluang pendidikan percuma dengan mengenakan bayaran atau imbuhan tertentu kepada orang awam.

“Tindakan ini adalah tidak sah dan boleh disifatkan sebagai cubaan penipuan,” tegas kementerian itu.

MEITD turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau pihak yang menyalahgunakan nama kementerian atau kerajaan Sarawak untuk kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, orang awam diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran sedemikian dan sentiasa berwaspada terhadap individu atau pihak yang mengaku mewakili kerajaan dalam urusan berkaitan pendidikan percuma.

Sebarang keraguan atau percubaan penipuan diminta dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

MEITD turut menegaskan bahawa sebarang kenyataan rasmi berkaitan FTES hanya akan dikeluarkan melalui saluran komunikasi rasmi kementerian dan kerajaan Sarawak.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mohon Program Matrikulasi akan dapat tempat – KPM
Next: Ibu bapa DUN Kalaka digesa rebut peluang Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.