Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mei bulan kedua terpanas di dunia pernah direkodkan
  • GLOBAL

Mei bulan kedua terpanas di dunia pernah direkodkan

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

BONN (Jerman): Dunia mengalami Mei kedua paling panas dalam sejarah sejak rekod itu bermula tahun ini, iaitu bulan yang menyaksikan gelombang haba luar biasa melanda Greenland akibat perubahan iklim, menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah, semalam.

Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), bulan lepas iaitu Mei kedua paling panas pernah dicatatkan di Bumi, rekod yang hanya diatasi oleh Mei 2024,  sekali gus melengkapkan musim bunga Mac-Mei di hemisfera utara sebagai yang kedua terpanas dalam rekod sejarah.

Suhu purata permukaan global pada bulan lepas adalah 1.4 darjah Celsius lebih tinggi berbanding tempoh pra-industri antara tahun 1850-1900, ketika manusia mula menggunakan bahan api fosil secara besar-besaran, kata C3S.

Keadaan itu menamatkan keadaan haba luar biasa, di mana 21 daripada 22 bulan terakhir mencatatkan suhu purata global melebihi 1.5°C daripada paras pra-industri, walaupun saintis memberi amaran yang keadaan ini mungkin tidak bertahan lama.

“Walaupun ini mungkin memberikan kelegaan sementara untuk planet ini, kami menjangkakan paras 1.5°C akan sekali lagi dilepasi dalam masa terdekat disebabkan pemanasan berterusan sistem iklim,” kata Pengarah C3S Carlo Buontempo. – Bernama – WAM

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Poland akan kurangkan 50 peratus visa untuk pemohon Asia, Afrika
Next: Kementerian Haji Arab Saudi mahu dokumentasi kontrak penginapan bagi jemaah Umrah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.