Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Medical Mission 12 terima sambutan hangat di Long Sela’an
  • KESIHATAN

Medical Mission 12 terima sambutan hangat di Long Sela’an

Utusan Sarawak 1 day ago
MESRA… Kelihatan kakitangan hospital begitu mesra melayani dan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk di sekitar Long Sela’an.

MIRI: Program komuniti Medical Mission 12 anjuran Rotary Club of Miri, District 3310 dengan kerjasama kakitangan Hospital Miri menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk di kawasan pedalaman.

Menurut hantaran di laman rasmi Facebook Hospital Miri, program tersebut telah berlangsung di Long Sela’an, Ulu Baram dari 1 hingga 3 Mei lalu.

“Pasukan Hospital Miri telah diketuai oleh Pakar Ortopedik, Dr. Thiru Kumaran.

“Turut serta adalah Penyelia Jururawat Monica, Ketua Jururawat Lai, PPP Alexter, PPP Maurice dan Jururawat Vonica,” katanya.

PEMERIKSAAN… Ketua pasukan, Pakar Ortopedik, Dr. Thiru Kumaran membuat pemeriksaan kaki salah seorang ibu pada program komuniti Medical Mission 12 di kawasan pedalaman anjuran Rotary Club of Miri, District 3310 pada 1 hingga 3 Mei lalu.

Tambahnya, pada program itu, kakitangan hospital telah membuat pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk di sekitar Long Sela’an.

“Tujuan program ini sebagai usaha pihak hospital meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat luar bandar serta memastikan mereka turut mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

“Perjalanan ke Long Sela’an, Ulu Baram ini mengambil masa lebih kurang tujuh jam dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” jelasnya.
Oleh Adum Liu

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Zakat RM300,000 perkasa usaha bela komuniti PLHIV di Sarawak
Next: Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.