Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Media tempatan terima diskaun 50 peratus tambang AirAsia ke destinasi dalam ASEAN
  • NASIONAL

Media tempatan terima diskaun 50 peratus tambang AirAsia ke destinasi dalam ASEAN

Utusan Sarawak 15 hours ago

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Kemuncak Hari Wartawan Nasional 2025 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Pengamal media tempatan yang memegang Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan (JaPen) bakal menikmati diskaun 50 peratus secara one-off (sekali beri) bagi pembelian tiket penerbangan pergi balik ke mana-mana 57 destinasi negara anggota ASEAN.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata ia merupakan satu inisiatif hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia. 

Beliau berkata tempahan tiket akan dibuka hingga 31 Dis 2025 manakala tempoh penerbangan bermula pada April hingga September 2026, serta butiran dan mekanisme tempahan tiket akan diumumkan oleh JaPen dalam masa terdekat.

“Terima kasih AirAsia atas inisiatif yang murah hati ini. Langkah ini mengiktiraf sumbangan pengamal media dan membuka peluang besar untuk mereka meneroka dan berhubung dengan rantau ASEAN.

“Kerjasama sebegini juga benar-benar menaikkan semangat HAWANA, meraikan dedikasi dan sumbangan golongan media,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. 

Bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika”, majlis kemuncak yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025, bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat media negara. 

Beliau berkata setakat 4 Jun lepas, terdapat 12,428 pengamal media aktif yang berdaftar dengan JaPen dan memiliki Kad Perakuan Media, termasuk 12,297 warganegara Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai platform media cetak, penyiaran, digital dan portal berita dalam talian.

Sambutan HAWANA 2025 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Bernama selaku agensi pelaksana bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media dalam pembangunan negara. 

Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena dengan penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat.

Sementara itu, Fahmi berkata AirAsia bakal menamakan sebuah kapal terbang khusus buat pengamal media yang akan dipenuhi dengan maklumat berita.

Beliau berkata pengasas syarikat penerbangan tambang rendah itu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes telah bersetuju untuk melaksanakan perkara berkenaan.

“Saya ingin maklumkan bahawa Tan Sri Tony dan AirAsia ingin menamakan sebuah kapal terbang atas nama wartawan.

“ … kita akan putuskan nanti dan kapal terbang ini akan diisi dengan maklumat berita, jadi ia akan menjadi pesawat media,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: HAWANA 2025: Lebih 1,000 pengamal media tempatan, antarabangsa meriahkan kemuncak sambutan
Next: Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa – wakil media

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.