Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Media sosial perlu digunakan dengan adab dan tanggungjawab – ADUN Lingga
  • Selatan
  • WILAYAH

Media sosial perlu digunakan dengan adab dan tanggungjawab – ADUN Lingga

Utusan Sarawak 6 hours ago
DAYANG Noorazah berucap semasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 1448H/2026M di Dewan Suarah Sri Aman, semalam. Foto: ADUN Lingga

​SIMANGGANG: Masyarakat digesa agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, memperlekehkan orang lain atau memaparkan kandungan yang boleh menjejaskan akhlak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, media sosial merupakan medium berpengaruh dalam kehidupan moden dan perlu digunakan secara bertanggungjawab.

Menurut beliau, walaupun platform tersebut boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan ilmu, ia juga boleh memberi kesan negatif sekiranya disalahgunakan.

“Pengguna perlu memastikan setiap perkongsian, komen dan pandangan disemak terlebih dahulu serta berlandaskan nilai yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 1448H/2026M di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

Mengulas lambakan maklumat di internet, beliau menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada pihak berautoriti, khususnya dalam hal ehwal agama Islam.

Katanya, masyarakat perlu menilai kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang kesimpulan bagi mengelakkan kekeliruan.

“Jangan membuat kesimpulan atau menetapkan hukum berdasarkan maklumat yang tidak jelas sumbernya,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan merujuk kepada institusi yang berwibawa bagi memastikan ketepatan maklumat serta menjaga keharmonian masyarakat.

Menyentuh tema “Ummah Maju Makmur” sempena sambutan Tahun Baharu Hijrah 1448H, beliau berkata kemajuan masyarakat tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi juga melalui nilai moral dan sosial.

Menurut beliau, semangat hijrah perlu diterjemahkan dalam bentuk pengukuhan perpaduan serta amalan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Bahagian Sri Aman.

Katanya, perbezaan pandangan perlu diurus secara berhemah bagi mengelakkan perbalahan dalam masyarakat.

“Perpaduan masyarakat merupakan asas kepada kestabilan dan kemajuan yang berterusan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga tegaskan komitmen kerajaan pastikan kawasan luar bandar tidak tercicir
Next: Kejohanan Piala Presiden Kelab Golf Bintulu perkukuh semangat kesukanan dan jalinan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.