Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Media Perancis saman Google AS$1.1 bilion kerana iklan
  • GLOBAL

Media Perancis saman Google AS$1.1 bilion kerana iklan

Utusan Sarawak 8 months ago

PARIS: Tujuh kumpulan media Perancis merancang untuk menyaman Google dengan menuntut lebih 1 bilion euro (RM4.67 bilion) atas tuduhan amalan anti-persaingan iklan dalam talian, menurut laporan pada Jumaat.

Perkhidmatan maklumat profesional, Mind Media melaporkan bahawa tujuh kumpulan yang mewakili sejumlah 22 syarikat sudah memulakan atau sedang bersiap untuk memulakan tindakan undang-undang.

Langkah itu diambil selepas pengawas persaingan Perancis mengenakan denda sebanyak 220 juta euro (RM1.03 bilion) ke atas Google pada Jun 2021 kerana mengutamakan perkhidmatan sendiri bagi sektor iklan dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Le Figaro, Marc Feuillee, berkata Google jelas didapati bersalah atas kelakuan anti-persaingan.

Pihak berkuasa persaingan Perancis telah menyatakan bahawa Google selama bertahun-tahun mengutamakan penyelesaian sendiri hingga merugikan pesaingnya,” katanya, yang dipetik dalam laporan terbabit. 

Feuillee berkata, beliau percaya kumpulannya adalah mangsa keadaan ini dengan sistem teknologi yang mereka gunakan dan mahu mendapat pampasan. 

Pihak Plantif adalah Le Figaro, SIPA/Ouest-France, Prisma Media, Les Echos-Le Parisien, Adevinta/Leboncoin, CMA Media, dan akhbar sukan L’Equipe.

Pendengaran awal untuk menetapkan jadual perbicaraan berlangsung pada awal September di mahkamah komersial Paris, dan proses itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun.

Amalan pengiklanan Google juga tertakluk kepada penyiasatan atau prosiding di Britain, Kesatuan Eropah (EU), dan Amerika Syarikat (AS). 

Pada awal September, badan pemantau persaingan UK membuat kesimpulan dalam penemuan sementara bahawa Google menggunakan ‘amalan anti-persaingan… yang dipercayai boleh membahayakan beribu-ribu penerbit dan pengiklan UK.’

Naib Presiden Pengiklanan Global Google, Dan Taylor, berpendapat bahawa kes itu ‘berdasarkan tafsiran tidak tepat’ mengenai sektor itu.

Syarikat induknya, Alphabet baru-baru ini melaporkan bahawa pendapatan daripada carian iklan dalam talian meningkat kepada AS$48.5 bilion (RM204 bilion) pada suku kedua tahun ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Taufan Pulasan badai Shanghai 
Next: Biawak masuk litar F1, latihan akhir ditangguh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.