Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Media penggerak masyarakat berinformasi – Adam Yii
  • Utara
  • WILAYAH

Media penggerak masyarakat berinformasi – Adam Yii

Utusan Sarawak 21 hours ago
UNTUK ALBUM…Para pengamal media yang hadir pada majlis itu merakamkan gambar kenangan dengan tetamu-tetamu kehormat.

MIRI: Media memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat berinformasi serta berfikiran matang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang.

Menurutnya, pengamal media sentiasa berada di barisan hadapan setiap peristiwa penting bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat tepat dan sahih.

“Anda sekalian bekerja tanpa mengenal penat lelah, dengan penuh keberanian untuk merekod fakta, mencari kebenaran serta menyampaikan maklumat penting kepada orang ramai.

“Profesionalisme dan dedikasi anda membolehkan masyarakat memahami realiti sebenar serta memberi suara kepada mereka yang mungkin tidak didengari,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pujut, Kelvin Hii pada Malam Penghargaan Media yang diadakan di sini semalam.

Adam Yii menegaskan bahawa media memikul tanggungjawab sosial yang amat besar kerana laporan yang disiarkan mampu membentuk pandangan awam serta mempengaruhi masyarakat.

Justeru, katanya, setiap laporan perlu berasaskan fakta dan kebenaran serta dipandu oleh nilai profesionalisme dan hati nurani bagi mengelak kekeliruan dan perpecahan.

“Maklumat yang tepat dan disampaikan pada masa sesuai boleh memberi semangat kepada rakyat, membawa harapan serta berperanan mendidik dan menginspirasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa masyarakat agar bekerjasama dengan pihak media dalam membanteras penyebaran maklumat palsu.

“Marilah kita semua belajar membezakan antara maklumat benar dan palsu, serta hanya berkongsi maklumat yang positif dan berasaskan fakta,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Latihan kebakaran uji kesiapsiagaan Hospital Miri
Next: Sumbangan kasut hitam bantu graduan UPMS lengkap etika pemakaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.