Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Media jadi rakan strategik utama dalam pembangunan negeri
  • Tengah
  • WILAYAH

Media jadi rakan strategik utama dalam pembangunan negeri

Utusan Sarawak 3 hours ago
RAKAM KENANGAN… Tiang (tengah) merakam kenangan bersama pengamal media di Sibu.

SIBU: Media berperanan sebagai rakan strategik utama dalam memastikan pembangunan inklusif, ketelusan serta jangkauan global seiring dengan kemajuan agenda pembangunan jangka panjang negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang berkata, Sarawak merupakan negeri pertama di negara ini yang mempunyai pelan induk serta strategi pembangunan menyeluruh sehingga 2030, sekali gus menjadikan laporan yang tepat dan mudah difahami lebih penting berbanding sebelum ini.

“Apabila kita melangkah ke hadapan, peranan media menjadi semakin penting. Kita memerlukan media dan kita bergantung kepada media.

“Oleh sebab itu, kerajaan Sarawak tanpa sebarang keraguan menubuhkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan TV Sarawak (TVS),” katanya ketika merasmikan ‘Malam Media’ anjuran Pusat Khidmat Pelawan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di sini, semalam.

Tiang berkata, media memainkan peranan penting dalam menterjemahkan dasar kerajaan seperti inisiatif penyimpanan karbon, tenaga hijau mampan dan ekonomi hidrogen ke dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua rakyat Sarawak, termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar.

“Kami perlukan anda menulis dalam bahasa yang mudah, supaya orang kampung pun boleh faham. Dasar kerajaan adalah untuk semua. Kita tidak mahu sesiapa pun ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata, menerusi akhbar, platform dalam talian, video dan media sosial, media membantu menyebarkan maklumat yang tepat mengenai kemajuan, pencapaian serta hala tuju masa depan Sarawak, sekali gus memastikan rakyat sentiasa dimaklumkan dan bersatu.

“Apabila semua orang tahu apa yang sedang berlaku, kita berada di landasan yang sama. Apabila kita berada di landasan yang sama, kita bergerak ke hadapan bersama-sama ke arah yang sama,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan kepentingan peranan media dalam memastikan kerajaan bertanggungjawab, sambil menyifatkannya sebagai elemen penting dalam tadbir urus yang baik.

“Kami memerlukan mata anda, kamera anda dan penulisan anda untuk memastikan kerajaan kekal bertanggungjawab dan telus.

“Laporan yang merangkumi perkara baik dan buruk membantu kami untuk menambah baik serta menjadi lebih kuat,” katanya sambil menyifatkan media bebas sebagai sesuatu yang sihat dan bermanfaat kepada institusi awam.

Menyentuh mengenai peningkatan profil antarabangsa Sarawak, Tiang berkata, negeri ini sedang memposisikan dirinya sebagai destinasi pilihan pelaburan asing, khususnya dalam bidang tenaga mampan, pembangunan perindustrian dan ekonomi digital.

Beliau berkata, agensi seperti Invest Sarawak telah ditubuhkan bagi memudahkan kerjasama antarabangsa, dengan media berperanan sebagai pemacu utama promosi Sarawak ke peringkat global.

“Bagaimana orang luar mengenali Sarawak? Melalui laporan anda, melalui berita anda. Anda membantu dunia memahami siapa kami dan apa yang Sarawak tawarkan. Jadi sekarang anda dapat melihat betapa pentingnya peranan anda,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Townhall Marudi: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum diberi pendedahan peranan, tatacara pentadbiran
Next: Bot kayuh itik kuning tambah tarikan rekreasi baharu di Taman Bulatan Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.