Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Medan selera dan inap desa antara tarikan baharu dirancang di Pantai Tanjung Kembang
  • Tengah
  • WILAYAH

Medan selera dan inap desa antara tarikan baharu dirancang di Pantai Tanjung Kembang

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan Mesyuarat Bina Baharu dan Naik Taraf Fasiliti-Fasiliti serta Mesyuarat Cadangan Medan Selera dan Inap Desa Pantai Tanjung Kembang, Kabong, kelmarin. Foto: ADUN Kabong.

PETRA JAYA: Pantai Tanjung Kembang Kabong bakal melalui transformasi menyeluruh menerusi pelaksanaan beberapa projek pembangunan strategik yang dijangka memperkukuhkan sektor pelancongan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan melibatkan pembinaan baharu dan naik taraf pelbagai fasiliti di Pantai Tanjung Kembang selain cadangan pembangunan medan selera dan inap desa bagi meningkatkan daya tarikan kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Bina Baharu dan Naik Taraf Fasiliti-Fasiliti di Pantai Tanjung Kembang, Kabong serta Mesyuarat Cadangan Medan Selera dan Inap Desa Pantai Tanjung Kembang, Kabong di Bilik Jawatankuasa 2, Bangunan DUN Sarawak, kelmarin.

DATO Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan Mesyuarat Bina Baharu dan Naik Taraf Fasiliti-Fasiliti serta Mesyuarat Cadangan Medan Selera dan Inap Desa Pantai Tanjung Kembang, Kabong, kelmarin. Foto: ADUN Kabong.

Menurut beliau, mesyuarat itu turut melibatkan pembentangan cadangan reka bentuk bagi kedua-dua projek pembangunan yang dirancang sebelum dilaksanakan.

Chee Kadir menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan peruntukan melalui BDDA bagi merealisasikan pembangunan strategik di Pantai Tanjung Kembang.

Beliau berkata, sokongan kerajaan Sarawak itu membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan luar bandar dan memperluaskan potensi pelancongan di kawasan pesisir pantai.

Menurutnya, projek yang dirancang merupakan antara inisiatif penting untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan moden kepada penduduk serta pengunjung.

Selain itu, pembangunan tersebut dijangka mewujudkan peluang ekonomi baharu kepada masyarakat setempat menerusi aktiviti keusahawanan dan pelancongan.

Chee Kadir turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses perancangan, penyediaan reka bentuk dan pelaksanaan projek termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, perunding serta kontraktor.

Beliau berkata, kerjasama erat antara semua pihak amat penting bagi memastikan setiap komponen pembangunan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan satu lagi sesi libat urus kali ketiga dan yang terakhir akan diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kabong dalam masa terdekat.

Katanya, sesi tersebut bertujuan membentangkan reka bentuk akhir projek kepada pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas sebelum kerja-kerja pelaksanaan dimulakan.

“Pembangunan yang dirancang ini bukan sahaja akan memperindah kawasan Pantai Tanjung Kembang, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat,” ujar beliau.

Mesyuarat berkenaan dihadiri wakil pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, Pejabat Daerah Kabong, Majlis Daerah Saratok, Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), arkitek, jurutera, juruukur bahan serta syarikat perunding yang terlibat secara langsung dalam projek tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 70 penduduk jayakan gotong-royong, perkukuh perpaduan komuniti di Ward M
Next: Projek jalan dan jambatan bakal ubah landskap perhubungan Muara Payang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.