Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MEDAC buat kajian transformasi gerakan koperasi Malaysia
  • TEMPATAN

MEDAC buat kajian transformasi gerakan koperasi Malaysia

Utusan Sarawak 5 years ago
MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Sri Wan Junaidi (dua, kiri) menyerahkan replika cek sumbangan dana kepada Pengerusi Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Jalan Pending, Penghulu Jas Said (kanan).

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang membuat kajian untuk mentransformasikan gerakan koperasi Malaysia di seluruh negara, kata Menterinya Dato’ Sri Wan Junaidi.

Beliau berkata kajian tersebut adalah bagi membantu ahli-ahli koperasi yang terkesan akibat pandemik Covid-19 baru-baru ini.

“Kajian tersebut juga bertujuan membantu ahli koperasi meraih pulangan lebih baik, tinggi dan menggalakkan kerana kita mempunyai lebih 14,000 koperasi seluruh negara,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Dana kepada Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Jalan Pending dan Jawatankuasa Surau Taman Sepakat Jaya, semalam.

Wan Junaidi kemudian berkata di negeri ini, bilangan koperasi adalah banyak namun belum rancak pergerakkannya.

“Ini bermakna kita perlu bergerak dengan membawa lebih ramai ahli menyertai pergerakan untuk menjana sumber kewangan sendiri.

“Jika ada kurang kefahaman, untuk bagaimana menjalankan perniagaan koperasi, boleh datang ke pejabat kementerian dan pegawai kita akan membantu dalam merancakkan lagi pergerakan koperasi,” jelas beliau.

Beliau berkata koperasi merupakan satu pergerakan yang boleh membantu masyarakat.

“Justeru, kita harus berani melibatkan diri dan maju bersama dalam perniagaan,” ujar beliau.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan Dana kepada Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Jalan Pending dan Jawatankuasa Surau Taman Sepakat Jaya.

Sejumlah RM15,000 dana telah disalurkan kepada Jawatankuasa Surau Taman Sepakat Jaya dan RM5,000 kepada Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Jalan Pending.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Betong jadi Majlis Perbandaran menjelang 2030
Next: Prihatin isu banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.