Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MEDAC bangunkan aplikasi ‘pasaran atas talian’
  • BISNES

MEDAC bangunkan aplikasi ‘pasaran atas talian’

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN… Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar melawat kilang belacan milik Rasiden Dani di Kampung Bako, semalam.

KUCHING: Satu aplikasi ‘pasaran atas talian’ akan dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk memudahkan usahawan memasarkan produk mereka di bawah satu bumbung.

Menterinya, Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya aplikasi ini berjaya, para usahawan tidak perlu mengakses dan mempromosikan produk mereka di Lazada, Shopee atau Alibaba.

“Caj yang dikenakan oleh pihak berkenaan sangat tinggi. Seandainya projek ini berjaya, maka akan memudahkan usahawan untuk mendapatkan keuntungan lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Bicara Ilmu ‘Jana Pendapatan dengan Aplikasi Smartphone’ di Bangunan Koperasi Pembangunan Bako Kuching Berhad, Kampung Bako Hulu, semalam.

Tambahnya, ahli koperasi boleh berkumpul di bawah satu bumbung di dalam aplikasi berkenaan.

“Projek aplikasi ‘pasaran atas talian’ ini  masih dalam kajian dan akan diuar-uarkan sekiranya sudah siap sepenuhnya nanti,” ujarnya.

Jelasnya, semenjak bulan Mac (ketika bermulanya pandemik Covid-19), satu lonjakan baharu berlaku iaitu penggunaan perniagaan atas talian meningkat dengan mendadak.

“Usahawan kini semakin sedar dengan penggunaan pemasaran atas talian seperti aplikasi WhatsApp, instagram dan facebook,” katanya lagi.

Wan Junaidi mendorong lepasan graduan supaya berjinak-jinak dengan bidang keusahawanan kerana bidang ini memberi keuntungan yang lebih besar.

“Lepasan graduan jangan hanya berfikir untuk bekerja sebagai penjawat awam. Hal ini kerana, gaji menjadi usahawan lebih besar berbanding penjawat awam,” tegasnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Cyberview galakkan syarikat teknologi melabur
Next: Niaga hadapan emas dijangka kekal lengang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.