Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MDSA sokong aspirasi kerajaan semasa
  • TEMPATAN

MDSA sokong aspirasi kerajaan semasa

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK ALBUM… Datuk Francis Harden Hollis merakamkan gambar kenangan bersama Anthony Abell Chendan serta para peserta yang lain pada Program Gotong-Royong anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kaum Cina Brayun Hulu dan Majlis Daerah Sri Aman di Jalan Litak, Brayun di Bandar Simanggang, baru-baru ini.

SIMANGGANG: Pelaksanaan program oleh pihak Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di sekitar penempatan rakyat selama ini adalah seiring dengan pergerakan aktiviti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Walikota MDSA Anthony Abell Chendan berkata, perkara itu berlaku memandangkan kerajaan tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) selama ini adalah merupakan lantikan daripada Kerajaan Sarawak.

“MDSA adalah merupakan salah satu daripada kerajaan tempatan di Sarawak yang menyokong aspirasi kerajaan semasa dan pada masa sama bertindak melaksana amanat yang diberi kepada mereka.

“Salah satu daripada amanat itu adalah menjalankan tanggungjawab sebagai majikan yang berkuasa untuk melantik dan menggugurkan para ahli majlis yang dipilih dalam kalangan parti politik pemerintah iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS),” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Gotong-Royong anjuran Jawatnkuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kaum Cina Brayun Hulu di kawasan Jalan Litak, Brayun dekat sini baru-baru ini.

Selain itu Anthony pada program itu juga menasihat para Ahli Majlis (Kaunselor) MDSA agar bertindak memantau isu-isu yang berlaku di kawasan pegangan mereka agar tindakan lanjut boleh diambil bagi mengatasi masalah itu.

“Saya berharap agar para Kaunselor kita dapat bekerja sebaik mungkin untuk menjaga nama baik MDSA dalam memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap rakyat di sini dari masa ke semasa,” kata beliau.

Terdahulu program yang turut mendapat kerjasama penganjuran daripada MDSA itu telah pun dirasmikan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis merangkap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Hadir sama ialah Timbalan Walikota Kr Andar Suntai, Pengerusi Bahagian Pembangunan Komuniti MDSA Kr Waterkiller James Junit, Temenggong Kueh Aik Seng dan pengerusi penganjur, Kapitan Wilson Chai Siew Lin.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Pilih wakil rakyat bertanggungjawab
Next: ‘BUAH TANGAN’ RM42 JUTA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.