Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MDSA anjur program komuniti di Undop, tekan isu kesihatan dan perlesenan
  • Tengah
  • WILAYAH

MDSA anjur program komuniti di Undop, tekan isu kesihatan dan perlesenan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Francis Harden Hollis hadir merasmikan Program Pembangunan Komuniti anjuran MDSA di Rumah Bair Kanchuh, Kampung Sebangkoi Ulu Undop, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) menganjurkan Program Pembangunan Komuniti bersama ceramah kesedaran mengenai penyakit berjangkit dan perlesenan kedai kampung di Rumah Bair Kanchuh, Kampung Sebangkoi Ulu Undop, semalam.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, yang menyifatkannya sebagai platform penting untuk agensi kerajaan berkongsi maklumat selaras dengan peranan masing-masing demi kesejahteraan masyarakat.

“Inisiatif seperti ini membolehkan Ahli Majlis MDSA berinteraksi terus dengan masyarakat, memahami cabaran di peringkat akar umbi, dan mencari penyelesaian secara bersama,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut memuji usaha MDSA yang bukan sahaja memperkukuh hubungan dengan penduduk, malah meningkatkan kredibiliti Ahli Majlis dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.

Antara pengisian program ialah ceramah Pencegahan Penyakit Denggi oleh Tan Kok Chin dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, ceramah Bahaya Dadah kepada Komuniti oleh Inspektor Effei Faeis dari Bahagian Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, ceramah Bahaya Penyakit Rabies dan Perlesenan Kedai Kampung oleh Patricia Meriba Chin dari MDSA, serta taklimat dapatan Program Pengawasan Penyakit (DSP) yang diketuai Dr Ivan Yap Kok Seng dari Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC).

Program ini mendapat sambutan positif daripada penduduk setempat yang memanfaatkan sesi interaktif untuk mendapatkan maklumat, berkongsi pandangan dan mengemukakan isu-isu tempatan secara terus kepada pihak berwajib.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RM128,000 diperuntuk bagi pembangunan rumah panjang di Lubok Antu
Next: Tiga projek utama dirancang bawa manfaat besar kepada komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.