Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MDS sertai program Virtual Earth Hour 2026 bersama PBT seluruh Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

MDS sertai program Virtual Earth Hour 2026 bersama PBT seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANTARA yang menyertai program Virtual Earth Hour 2026 di MDS pada malam tadi.

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) menyertai program Virtual Earth Hour 2026 bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Sarawak sebagai tanda komitmen terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar melalui inisiatif memadamkan lampu selama 60 minit pada malam tadi. 

Program yang berlangsung dari 8.30 malam hingga 9.30 malam dianjurkan oleh Majlis Daerah Sri Aman dan disertai secara serentak oleh semua pihak berkuasa tempatan di seluruh Sarawak.

Menurut MDS, penyertaan tersebut turut melibatkan sembilan jabatan dan agensi di Bahagian Sarikei yang bersama-sama memadamkan lampu sebagai simbol sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan penggunaan tenaga secara berhemah.

MENTERI Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, menyampaikan ucapan secara maya dari Majlis Bandaraya Miri yang disaksikan oleh semua pihak berkuasa tempatan di seluruh Sarawak.

“MDS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan, komitmen dan sumbangan dalam menjayakan usaha memadamkan lampu selama 60 minit sebagai tanda sokongan terhadap pemuliharaan alam sekitar.

“Antara jabatan dan agensi yang terlibat ialah Pejabat Residen Sarikei, Pejabat Daerah Sarikei, Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei, Jabatan Kastam Sarikei, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sarikei, Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Sarikei di Dewan Suarah Sarikei, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei dan Syarikat SESCO Berhad,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian telah menyampaikan ucapan secara maya dari Majlis Bandaraya Miri yang disaksikan oleh semua PBT di seluruh Sarawak.

Katanya, pelaksanaan program Earth Hour di Sarawak telah bermula sejak 2022 dan pertama kali dianjurkan di Sibu oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sebagai langkah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.

Program tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak bersama pihak berkuasa tempatan dalam menyokong agenda pembangunan mampan serta menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya penjimatan tenaga demi kesejahteraan generasi akan datang. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cabaran Eko Mulu 2026 tonjol keindahan alam, perkasa ekopelancongan sarawak
Next: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Kampung Pangtray meriah, sembilan NGO berganding bahu menjayakannya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.