Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MDMD sita empat ekor lembu berkeliaran di Matu, Daro
  • Tengah
  • WILAYAH

MDMD sita empat ekor lembu berkeliaran di Matu, Daro

Utusan Sarawak 3 hours ago
MDMD menjalankan operasi penguatkuasaan haiwan ternakan terbiar di sekitar Matu dan Daro sebagai langkah tegas menangani aduan penduduk mengenai haiwan berkeliaran. Foto MDMD

MATU: Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD) menyita empat ekor lembu dalam operasi penguatkuasaan haiwan ternakan terbiar di sekitar Matu dan Daro semalam sebagai langkah tegas menangani aduan penduduk mengenai haiwan berkeliaran.

Operasi itu melibatkan Seksyen Penguatkuasa MDMD dan Seksyen Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Bandar MDMD dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Mukah.

LEMBU dimasukkan ke belakang kereta pikap. Foto MDMD

Sepanjang operasi berkenaan, pihak majlis berjaya menangkap dan menyita empat ekor lembu, masing-masing seekor di Kampung Tian, Matu dan tiga ekor di jalan menuju Kampung Tebaang, Daro.

Ketua Seksyen Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Bandar MDMD, Apohrozy Ezrie Ellie berkata, tindakan sitaan itu merupakan langkah terakhir selepas nasihat kepada pemilik haiwan ternakan tidak diendahkan.

“Selepas ini, pihak majlis akan melaksanakan operasi sitaan sekiranya menerima aduan daripada penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tindakan tegas itu diambil selaras dengan Polisi Haiwan Ternakan Terbiar MDMD.

KELIHATAN sekumpulan lembu berkeliaran. Foto MDMD

MDMD ingin menasihatkan kepada semua pemilik haiwan ternakan terutamanya lembu dan kambing supaya tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran tanpa pengawasan dan menganggu penduduk setempat. 

Pihak MDMD akan mengambil tindakan sita sekiranya masalah ini masih berlaku.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kaunter Perkhidmatan MBM mudahkan urusan rakyat sempena Miri MayFest 2026
Next: APM Limbang salur bantuan kecemasan, hantar pesakit ke hospital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.