Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MDLA & Kim Huang Enterprise jayakan program pengumpulan minyak masak terpakai
  • Tengah
  • WILAYAH

MDLA & Kim Huang Enterprise jayakan program pengumpulan minyak masak terpakai

Utusan Sarawak 1 day ago
PROGRAM pembelian minyak masak terpakai telah berlangsung di kawasan letak kenderaan, Tamu Hasil Hutan Lubok Antu, dekat sini hari ini. Foto: MDLA

LUBOK ANTU: Program pembelian minyak masak terpakai anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) dengan kerjasama Kim Huang Enterprise telah berlangsung di kawasan letak kenderaan, Tamu Hasil Hutan Lubok Antu, dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap MDLA, program ini bertujuan menggalakkan amalan kitar semula di kalangan penduduk setempat di samping memberi peluang kepada komuniti dan vendor kitar semula untuk memperoleh pulangan melalui pembelian balik minyak masak terpakai (UCO).

“Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah memberi nilai tambah kepada bahan buangan yang sering tidak dimanfaatkan,” jelas jurucakap tersebut.

Sepanjang program, pihak penganjur berjaya mengumpul sebanyak 545.60 kilogram minyak masak terpakai daripada penduduk sekitar, sekali gus membuktikan sambutan menggalakkan terhadap inisiatif berkenaan.

Selain aktiviti utama iaitu pembelian balik minyak masak terpakai, program tersebut turut diadakan sesi penerangan mengenai langkah-langkah kitar semula UCO yang betul daripada Kim Huang Enterprise, termasuk proses penapisan dan kaedah pemprosesan untuk menghasilkan produk baharu seperti biodiesel.

“Program ini turut menjadi platform kesedaran komuniti mengenai kepentingan menguruskan sisa minyak masak dengan cara yang mesra alam bagi mengelakkan pencemaran air dan tanah.

“MDLA berharap kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan, dengan lebih ramai pihak tampil menyokong usaha kelestarian alam sekitar di Daerah Lubok Antu,” kata jurucakap itu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program Sahabat Sungai galakkan kesedaran kebersihan sungai di Bintulu
Next: KMJG 2025 cerminkan komitmen MADANI dan aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.