Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MDLA berjaya kumpul 311.50kg bahan kitar semula di Skim Skrang
  • Selatan
  • WILAYAH

MDLA berjaya kumpul 311.50kg bahan kitar semula di Skim Skrang

Utusan Sarawak 20 hours ago
Aktiviti Beli Balik Barangan Kitar Semula yang dianjurkan oleh MDLA di Skim Skrang, semalam. Foto: MDLA

SKRANG: Usaha memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar terus diperkukuh apabila sebanyak 311.50 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpul dalam Aktiviti Beli Balik Barangan Kitar Semula anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) di Skim Skrang, semalam.

Daripada jumlah tersebut, 134kg merupakan kategori kutipan sampah paling banyak diterima, menandakan sambutan positif terhadap inisiatif amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut wakil penganjur, pelbagai jenis barangan kitar semula telah dikumpulkan termasuk tin minuman, besi buruk, buku dan kertas, tin sardin, botol plastik serta surat khabar lama.

“Pihak kami berjaya mengumpulkan sejumlah besar barangan kitar semula hasil kerjasama dan sokongan komuniti tempatan. 

“Program ini bertujuan menyokong usaha vendor 3R tempatan serta membudayakan amalan 3R di Daerah Lubok Antu,” jelas kenyataan MDLA.

Selain aktiviti beli balik, program ini turut diserikan dengan gotong-royong membersihkan laluan ‘P-Turn’ di kawasan Senama, Skim Skrang sejauh lebih kurang 200 meter, hasil kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Skim Skrang.

Gotong-royong tersebut turut disertai oleh Pengerusi KRT Skim Skrang, Peter Suman serta komuniti setempat yang sama berganding bahu meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan laluan tersebut.

Hasil gotong-royong menyaksikan 250kg sampah berjaya dikutip dan diasingkan sebelum dijual kepada vendor 3R. Jenis sampah paling banyak dikumpul ialah plastik, termasuk bekas makanan dan minuman.

Inisiatif ini membuktikan bahawa kesedaran dan tindakan kolektif masyarakat dalam menjaga alam sekitar mampu memberi impak besar, di samping menyokong ekonomi kitar semula tempatan. 

Program seumpama ini dijangka diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkasakan komuniti hijau yang lebih lestari.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jangan kelirukan rakyat, MBKS sudah ambil tindakan – Dato Wee
Next: Tebingan Kapit Fasa Dua jadi mercu tanda baharu, tarikan pelancongan – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.