MDL kenal pasti 18 destinasi pelancongan di Limbang

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MERIAH…. Kaunselor Sufian Mohat (lima kiri) bergambar bersama keluarga dan rakan pada rumah terbuka Aidilfitri di Limbang.

LIMBANG: Jawatankuasa Pelancongan Majlis Daerah Limbang (MDL) telah mengenal pasti 18 destinasi menarik di Limbang yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan.
Wali Kota MDL, Kaunselor Sufian Mohat, memaklumkan bahawa setakat ini, MDL telah memilih 18 destinasi menarik, dan pemantauan telah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan di peringkat majlis.
“ Pada tahun lepas kita telah mengiktiraf empat kawasan dijadikan pusat pelancongan di Daerah Limbang pada majlis Hari Bukit Mas yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,” katanya kepada media hari ini.
Katanya, program penilaian tempat pelancongan yang disyorkan di bawah MDL telah mengenal pasti pelbagai tempat pelancongan menarik di Limbang, antaranya Tasik Bukti Mas, Jeti Santaba, Lumpur Bebuak, Inap Desa Alai Gayo, Ladang Kerbau Bukit Bebuak di Kampung Belading, Loagan Kebongor di Kampung Tanjong Ungar, serta destinasi menarik lain.
Oleh Adeng Edrus