Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Md Rayhan diusir selepas selesai siasatan
  • NASIONAL

Md Rayhan diusir selepas selesai siasatan

Utusan Sarawak 5 years ago
MD RAYHAN KABIR

PUTRAJAYA: Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, 25, yang ditemu bual dalam dokumentari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” akan diusir ke negara asalnya selepas semua siasatan polis selesai, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud. 

“Saya tak boleh bagi anggaran bila (Md Rayhan dihantar pulang) cuma penerbangan paling awal ke Bangladesh pada 31 Ogos ini,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid-19.

Khairul Dzaimee sekali lagi menegaskan bahawa pas lawatan kerja Md Rayhan sudah ditamatkan dan disenarai hitam daripada memasuki negara ini selama-lamanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Najib tarik balik rayuan senarai saksi
Next: Sindiket pengedaran dadah ‘Bobby’ tumpas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.