Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Md Rayhan akan diusir dari Malaysia
  • NASIONAL

Md Rayhan akan diusir dari Malaysia

Utusan Sarawak 5 years ago
MD RAYHAN (tengah) diburu selepas membuat dakwaan tidak berasas kononnya wujud diskriminasi Kerajaan Malaysia dalam mengendalikan kes Covid-19 melibatkan warga asing berjaya ditahan Jumaat lepas. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tindakan itu diambil setelah individu yang dikehendaki oleh agensi terbabit berjaya ditahan petang Jumaat lepas.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira 5.45 petang di Setapak di sini.

Jabatan Imigresen sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sebelum ini, media melaporkan Rayhan telah membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan Covid-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.

Susulan itu, pihak polis turut memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari berkenaan.

Bernama Jumaat lepas melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek berumur 25 tahun itu diserahkan kepada pihak polis pada 6.00 petang Jumaat lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki cuba seludup 15 ekor lembu ditahan
Next: Malaysia, Singapura lakar sejarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.