Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCPF sedia tawar bantuan psikologi dan kaunseling tangani isu buli di sekolah
  • NASIONAL

MCPF sedia tawar bantuan psikologi dan kaunseling tangani isu buli di sekolah

Utusan Sarawak 16 hours ago
Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersedia menawarkan khidmat sokongan termasuk bantuan psikologi dan kaunseling kepada murid yang menjadi mangsa mahupun pelaku pemangsa buli di sekolah, sebagai usaha menangani gejala salah laku pelajar yang semakin membimbangkan.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Datuk Seri Ayub Yaakob dalam kenyataan berkata inisiatif itu akan dilaksanakan di semua peringkat bagi memastikan setiap sekolah menjadi tempat paling selamat serta bebas daripada sebarang bentuk jenayah atau kekerasan.

Beliau berkata MCPF juga bersedia membantu menganjurkan program intervensi serta kesedaran pencegahan jenayah melalui latihan dan seminar kepada pendidik, ibu bapa dan komuniti.

“Isu ini adalah sesuatu yang sangat kritikal dan perlu diberi perhatian serius… Ini isu nasional dan ia bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya melibatkan komitmen semua pihak bermula di peringkat sekolah hingga ke masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Menurut Ayub lagi, MCPF komited untuk terus memperkasakan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di sekolah-sekolah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang gejala yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

Ayub turut menyeru semua pihak termasuk pelajar institusi pengajian tinggi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang gejala buli.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kes mahkamah libatkan kanak-kanak mesti diselesai dalam tempoh setahun – Azalina
Next: PM Anwar seru rakyat pertahan semangat perpaduan, tolak politik kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.