Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC siasat video didakwa persenda lagu Negaraku, dua individu dipanggil
  • NASIONAL

MCMC siasat video didakwa persenda lagu Negaraku, dua individu dipanggil

Utusan Sarawak 3 days ago
RAKAMAN keterangan diadakan di Ibu Pejabat MCMC Cyberjaya. – Foto Facebook MCMC

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung penyiaran satu video di media sosial yang didakwa mempersendakan dan tidak menghormati lagu kebangsaan, Negaraku.

Menurut MCMC, satu unit telefon bimbit dan satu keping kad SIM turut disita untuk siasatan ketika sesi rakaman keterangan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya semalam.

“MCMC tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempersendakan atau memperlekehkan lagu kebangsaan, selaras dengan Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang menetapkan kewajipan menghormati lagu tersebut oleh setiap warganegara,” menurut kenyataan itu hari ini.

MCMC memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa menghormati lagu Negaraku sebagai tanda kesetiaan dan cinta akan tanah air serta mengelak daripada sebarang perbuatan yang boleh dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sekolah Henry Gurney catat lulus 100 peratus SPM 2024 – Shamsul Anuar
Next: AGC putuskan adakan inkues berhubung kematian Zara Qairina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.