Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC siasat kemudaratan dalam talian di platform X, wakil platform akan dipanggil
  • NASIONAL

MCMC siasat kemudaratan dalam talian di platform X, wakil platform akan dipanggil

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap kemudaratan dalam talian yang berlaku di platform X dan akan memanggil wakil platform berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyalahgunaan alat kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan memudaratkan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius aduan orang awam mengenai penyalahgunaan AI di platform X, khususnya melibatkan manipulasi imej wanita dan kanak-kanak sehingga menghasilkan kandungan tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan.

“Penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan itu suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), yang antara lain melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang.

“MCMC akan memulakan siasatan terhadap pengguna X yang disyaki melanggar AKM,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut memaklumkan dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), semua platform dalam talian serta penyedia perkhidmatan berlesen diwajibkan mengambil langkah pencegahan bagi mengekang penyebaran kandungan memudaratkan, termasuk kandungan lucah, tidak senonoh dan bahan penderaan seksual kanak-kanak.

“Walaupun X bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini, platform itu tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan,” menurut kenyataan itu.

MCMC menggesa semua platform yang boleh diakses di Malaysia supaya melaksanakan langkah perlindungan selaras dengan undang-undang Malaysia dan piawaian keselamatan dalam talian, khususnya berkaitan fungsi AI, chatbot dan aplikasi manipulasi imej.

Orang ramai dan mangsa yang terkesan dinasihatkan supaya melaporkan kandungan memudaratkan itu kepada platform terlibat serta membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC, termasuk melalui portal aduan dalam talian suruhanjaya itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan kerjasama dengan pihak berkuasa pantau penularan ajaran sesat – Zulkifli
Next: Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.