Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • MCMC rakam percakapan individu disyaki sebar berita palsu bekalan diesel
  • JENAYAH

MCMC rakam percakapan individu disyaki sebar berita palsu bekalan diesel

Utusan Sarawak 3 hours ago
MCMC merakam percakapan seorang individu disyaki menyebarkan berita palsu mengenai pembekalan diesel, selain menyita telefon bimbit dan kad SIM bagi membantu siasatan. Foto hiasan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini merakamkan percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu berkenaan yang ditemani peguamnya hadir ke ibu pejabat MCMC di Cyberjaya untuk memberikan keterangan.

“MCMC turut menyita seunit telefon bimbit dan satu kad SIM yang disyaki digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut bagi membantu proses siasatan. 

“Tindakan ini dibuat berpandukan Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta 588 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan bahawa suruhanjaya itu memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan saluran digital untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam,” menurut MCMC.- Bernama

Continue Reading

Previous: Padah bakar dua rumah, buruh dipenjara lima tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.