Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC rakam keterangan individu muat naik kandungan palsu kes Zara Qairina
  • NASIONAL

MCMC rakam keterangan individu muat naik kandungan palsu kes Zara Qairina

Utusan Sarawak 23 hours ago
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu susulan penyebaran kandungan palsu di media sosial berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu susulan penyebaran kandungan palsu di media sosial berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan individu tersebut dipanggil untuk keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam dengan sebuah telefon bimbit dan satu unit kad SIM turut disita bagi membantu siasatan. 

“Kandungan tersebut dipercayai mengandungi maklumat palsu dan bersifat 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) dan dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan awam, selain menjejaskan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu. 

Menurut MCMC kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC  turut mengingatkan orang ramai agar memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan dan berhati-hati dengan sebarang kandungan spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan awam.

“Penyebaran maklumat yang belum disahkan bukan sahaja berisiko mengguris hati keluarga mangsa, malah bercanggah dengan nilai etika dan boleh mengganggu proses keadilan,” menurut suruhanjaya itu.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4.00 pagi, 16 Julai.

Semalam, proses penggalian semula kubur pelajar tingkatan satu itu selesai dijalankan, susulan arahan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut bagi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Zara Qairina: Orang ramai berkumpul di Hospital Queen Elizabeth pagi ini
Next: Rakyat titip doa, ucapan istimewa sempena ulang tahun ke-78 PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.