Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC pertingkat penggunaan kawalan ibu bapa dalam Kempen Internet Selamat
  • NASIONAL

MCMC pertingkat penggunaan kawalan ibu bapa dalam Kempen Internet Selamat

Utusan Sarawak 3 hours ago
MCMC pertingkat penggunaan kawalan ibu bapa dalam Kempen Internet Selamat

MELAKA: Usaha memperkasa keselamatan digital keluarga terus dipertingkatkan dengan memberi penekanan terhadap penggunaan kawalan ibu bapa dalam Kempen Internet Selamat di Parlimen Hang Tuah Jaya hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan di sini memaklumkan kempen yang diadakan sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Hang Tuah Jaya itu melibatkan penyertaan pelajar sekolah bersama ibu bapa dari kawasan berkenaan.

“Program itu memfokuskan kepada pemerkasaan literasi digital komuniti, khususnya dalam aspek perlindungan keluarga dan pencegahan jenayah siber.

“MCMC turut memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kesedaran dan kemahiran ibu bapa dalam menetapkan kawalan pada peranti anak-anak bagi memastikan penggunaan Internet yang lebih selamat dan terkawal,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan sejajar dengan hala tuju strategik pada 2026, kempen berkenaan turut memberi fokus kepada libat urus komuniti akar umbi serta warga emas dalam usaha membendung ancaman penipuan kewangan dalam talian.

Selain itu, pendekatan Belia kepada Komuniti turut diperkenalkan menerusi penglibatan barisan pemimpin pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah menamatkan latihan Training of Trainers (ToT) Kempen Internet Selamat.

“Mereka akan bertindak sebagai fasilitator advokasi strategik dengan mengendalikan modul secara langsung bersama komuniti setempat, sekali gus membantu merapatkan jurang generasi dalam literasi digital,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan setakat ini kempen advokasi berkenaan telah menyantuni 438 komuniti di seluruh negara termasuk 25 komuniti di Melaka dan pihaknya menyasarkan pelaksanaan 200 kempen bersasar bersama komuniti bagi setiap negeri menjelang akhir tahun ini.

Terdahulu, program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim itu turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Portal sehenti PKS dijangka dilancarkan bulan ini – Sim
Next: Operasi ruang udara Malaysia kekal berdaya tahan, CAAM perkukuh kecekapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.