Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC ingatkan media sentiasa patuhi etika penyiaran kandungan sensitif
  • NASIONAL

MCMC ingatkan media sentiasa patuhi etika penyiaran kandungan sensitif

Utusan Sarawak 8 hours ago

PUTRAJAYA: Semua organisasi media diingatkan supaya sentiasa mengamalkan pertimbangan editorial yang tinggi serta mematuhi standard etika dalam mengendalikan kandungan sensitif, khususnya yang melibatkan kemalangan, tragedi dan insiden kehilangan nyawa.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penyebaran imej atau video yang bersifat eksplisit, mengganggu emosi atau memaparkan mangsa yang telah meninggal dunia adalah tidak sensitif serta tidak menghormati maruah mangsa dan perasaan ahli keluarga.

Menurut kenyataan itu, kandungan sedemikian juga dianggap tidak beretika dan tidak seharusnya dikongsi atau dieksploitasi semata-mata untuk menarik perhatian, meningkatkan penglibatan atau meraih capaian dalam talian.

 “Usaha mendapatkan tontonan tidak boleh mengatasi nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial,” maklumnya.

MCMC turut menegaskan bahawa semua organisasi media perlu mematuhi sepenuhnya garis panduan etika pelaporan bagi memastikan penyiaran kandungan dilakukan secara bertanggungjawab dan berhemah.

“Kegagalan mematuhi standard ini boleh dikenakan tindakan pengawalseliaan, termasuk penggantungan akaun media sosial berkaitan.

“Semua pihak diharap terus bertindak secara profesional, berhemah dan menghormati sensitiviti masyarakat pada setiap masa,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan had umur 16 tahun pemilikan akaun media sosial seawal Jun ini – Fahmi
Next: SASP 2026 pacu keselamatan, inovasi dan kerjasama penerbangan di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.