Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC cadang hadkan pemilikan dua kad sim bagi setiap penguna – Teo
  • NASIONAL

MCMC cadang hadkan pemilikan dua kad sim bagi setiap penguna – Teo

Utusan Sarawak 22 hours ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan rundingan awam bagi garis panduan pendaftaran kad SIM prabayar yang mencadangkan agar warganegara Malaysia hanya dibenarkan memiliki dua nombor sahaja bagi setiap syarikat telekomunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kajian itu turut melibatkan cadangan membenarkan warga asing hanya memiliki dua nombor prabayar tanpa mengambil kira syarikat telekomunikasi yang digunakan.

Beliau berkata proses rundingan itu dijangka selesai hujung November ini dan MCMC menyasarkan garis panduan baharu dapat dikuat kuasa pada suku pertama tahun hadapan.

“Dengan mengetatkan garis panduan ini, kita berharap dapat mengurangkan penyalahgunaan kad SIM prabayar yang sering digunakan untuk mendaftar akaun media sosial bagi tujuan penipuan, penyebaran maklumat palsu atau ugutan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Teo berkata berdasarkan garis panduan sedia ada yang ditetapkan sejak 2017, setiap individu dibenarkan mendaftar sehingga lima nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi.

“Ini bermaksud seseorang boleh mempunyai lima nombor daripada Maxis, lima daripada Celcom, lima daripada Digi, lima daripada U Mobile, dan lima daripada YTL… ini menjadikan jumlah nombor kad SIM yang agak besar untuk satu individu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) berhubung cadangan kerajaan merangka dasar penggunaan kecerdasan buatan secara beretika dan langkah mengukuhkan keupayaan forensik digital di bawah MCMC.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan MADANI capai kemajuan selesaikan tuntutan MA63 bagi Sabah – PM Anwar
Next: Hampir 3,000 majikan mohon sertai DGP – Hanifah Hajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.