Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • McDonald tutup pejabat di AS
  • GLOBAL

McDonald tutup pejabat di AS

Utusan Sarawak 2 years ago

Kakitangan korporat AS dan beberapa pekerja di luar negara harus bekerja dari rumah sementara menunggu maklum balas mengenai status perkhidmatan mereka.

CHICAGO: McDonald’s telah menutup pejabatnya di Amerika Syarikat selama beberapa hari sebelum memaklumkan mengenai pemberhentian kakitangannya, lapor Xinhua.

Media tempatan semalam memetik e-mel dalaman syarikat rangkaian makanan segera yang berpangkalan di Chicago sebagai berkata bahawa kakitangan korporat AS dan beberapa pekerja di luar negara harus bekerja dari rumah sementara menunggu maklum balas mengenai status perkhidmatan mereka.

McDonald’s akan memaklumkan kepada pekerjanya minggu ini tentang keputusan mengenai penamatan kakitangan sebagai sebahagian daripada program penstrukturan “Accelerating the Arched” yang diumumkan pada awal Januari, yang lebih terarah kepada “penghantaran, ‘Drive Thru’, digital dan pembangunan”.

Gergasi makanan segera itu mempunyai lebih daripada 150,000 pekerja dalam sektor korporat.

Kira-kira 70 peratus daripada pekerja terbabit berpangkalan di luar Amerika Syarikat.

McDonald’s melaporkan jualan globalnya meningkat hampir 11 peratus pada 2022, manakala jualan di Amerika Syarikat meningkat hampir enam peratus.

Penamatan perkhidmatan kakitangan semakin meningkat di Amerika Syarikat, terutamanya membabitkan sektor teknologi.

IBM, Microsoft, Amazon, Salesforce, Meta, Twitter dan DoorDash telah mengumumkan pemberhentian pekerjanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Rizab Persekutuan sebelum ini meramalkan bahawa kadar pengangguran AS mungkin meningkat kepada 4.6 peratus menjelang akhir tahun ini. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Harga minyak dunia lonjak 6.0 peratus
Next: Polis Indonesia tahan empat warga Uzbekistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.