Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • MC Hammer disaman kerana pinjaman kereta tertunggak
  • HIBURAN

MC Hammer disaman kerana pinjaman kereta tertunggak

Utusan Sarawak 13 hours ago
MC Hammer mula mencipta nama dalam dunia rap pada era 1980-an menerusi U Can’t Touch This.

LOS ANGELES: Rapper terkenal dengan seluar longgar, MC Hammer, kini disaman di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman kereta.

Penyanyi di sebalik lagu mega hit 1990, U Can’t Touch This, itu berdepan tindakan undang-undang daripada JPMorgan Chase, yang mendakwa beliau telah menghentikan bayaran bagi sebuah kenderaan mewah jenama Land Rover.

Saman yang difailkan di sebuah mahkamah di California minggu lalu menamakan MC Hammer dan syarikatnya, U Can’t Touch This LLC, sebagai defendan.

Pihak bank mendakwa mereka telah meminjamkan sebanyak AS$114,000 untuk pembelian kenderaan tersebut pada 2023.

Namun selepas beberapa bayaran bulanan didakwa tidak dijelaskan, Hammer dan syarikatnya kini masih berhutang lebih AS$76,000.

Hammer, yang nama sebenarnya Stanley Burrell, mula mencipta nama dalam dunia rap pada era 1980-an, namun melonjak ke persada antarabangsa menerusi U Can’t Touch This.

Gaya tarian ikoniknya — dengan seluar khas ‘Hammer Pants’ dan gerakan kaki pantas yang elastik — menjadi fenomena global dan sering ditiru.

Meskipun pernah menikmati kemasyhuran, termasuk pelancaran patung mainan Mattel dan siri animasi Hammerman, popularitinya merosot, dan menjelang pertengahan 1990-an, Hammer menghadapi masalah kewangan sehingga diisytiharkan muflis. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Tampil koleksi ‘perahu kertas’, inspirasi zaman kanak-kanak Hatta Dolmat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.