Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MBPG hargai sumbangan rakyat Sarawak, pembangunan Pasir Gudang
  • SEMASA

MBPG hargai sumbangan rakyat Sarawak, pembangunan Pasir Gudang

Utusan Sarawak 5 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Dato’ Mustaffa Kamal Shamsudin di Kompleks Satria Pertiwi hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Dato’ Mustaffa Kamal Shamsudin di Kompleks Satria Pertiwi hari ini.

Menurut Dato’ Mustaffa, pertemuan itu bertujuan menyampaikan penghargaan terhadap sumbangan rakyat Sarawak dalam pembangunan pelbagai industri di Pasir Gudang sejak awal 1980-an.

“Hari ini peranan mereka semakin meluas kerana tidak hanya terhad dalam industri pembuatan, komersial dan pembangunan perumahan malah semakin ramai yang melebarkan sayap ekonomi dengan berbuat aktif dalam pelbagai disiplin perniagaan dan perkhidmatan.

“Generasi baharu semakin ramai yang berjaya menyambung pengajian di pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyentuh strategi ekonomi baharu Sarawak seperti pengeluaran metanol, ammonia, tenaga hidrogen, tenaga solar terapung dan banyak lagi, yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta menyokong agenda pendidikan tinggi percuma dan peningkatan pendapatan isi rumah.

Turut hadir Timbalan Setiausaha MBPG Nor Rahman Mustaffa.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat LONGi, perkukuh hubungan strategik
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan Dato’ Tom Abang Saufi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.