Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBM terpaksa rampas barangan penjaja
  • TEMPATAN

MBM terpaksa rampas barangan penjaja

Utusan Sarawak 4 years ago
DIRAKAM… Tangkap layar video yang menunjukkan beberapa anggota penguat kuasa MBM merampas jualan penjaja.

MIRI: Sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM) terpaksa merampas barangan yang dijual oleh penjaja yang berniaga di lokasi larangan di sini semalam, selepas amaran tidak diendahkan.

Kira-kira 30 penjaja didapati berniaga di lokasi larangan iaitu di tempat parkir kenderaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Tindakan anggota penguat kuasa MBM merampas barangan dijual turut dirakam oleh orang ramai menggunakan telefon bimbit yang memuat naik rakaman video dan gambar kejadian itu di media sosial.

Sementara itu, Datuk Bandar MBM Adam Yii ketika dihubungi mengatakan bahawa serbuan itu dilakukan kerana penjaja haram berdegil dan tidak mengendahkan amaran.

“Sebelum serbuan, kami telah menerima pelbagai aduan bukan hanya dari orang awam tetapi penjaja lesen mengenai kehadiran penjaja haram ini yang berniaga di kawasan larangan iaitu di tempat parkir kenderaan bersebelahan Pasar Lutong,” katanya.

Adam berkata, tindakan mereka (penjaja haram) berniaga di tempat berkenaan bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi berbahaya kepada orang awam.

Penjaja terbabit dilihat menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan lain di kawasan berkenaan bukan tidak mengendahkan amaran malah tidak menghiraukan papan tanda larangan berniaga

Difahamkan, penjaja dibenarkan menuntut semula barangan yang dirampas tanpa dikenakan sebarang kompaun.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Pemimpin masyarakat boleh dikenakan kompaun
Next: SABERKAS Bekenu agih bakul makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.