Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBM nafi dakwaan penguat kuasa nikmati durian disita
  • Utara
  • WILAYAH

MBM nafi dakwaan penguat kuasa nikmati durian disita

Utusan Sarawak 4 hours ago
DISITA… Tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan durian tanpa lesen yang dijalankan Majlis Bandaraya Miri (MBM) baru-baru ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menafikan dakwaan bahawa anggota penguat kuasanya menikmati durian yang disita dalam operasi penjualan tanpa lesen, sebaliknya menegaskan semua tindakan diambil mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, operasi penguatkuasaan yang dijalankan dari 13 hingga 15 Januari lalu menyasarkan peniaga yang berniaga tanpa lesen dan di lokasi tidak dibenarkan.

Menurut beliau, seramai 13 penjual terlibat dalam operasi berkenaan walaupun MBM telah mengeluarkan peringatan awal melalui dua kenyataan media rasmi pada 25 Ogos 2025 dan 9 Januari 2026 khusus kepada peniaga bermusim.

“Sepanjang tempoh pemantauan sebelum operasi, 28 notis amaran dan lima kompaun telah dikeluarkan, namun masih terdapat peniaga yang gagal mematuhi arahan,” katanya pada sidang media semalam.

Adam Yii berkata, barangan yang disita termasuk kira-kira 25 bakul durian, tiga penimbang digital, dua alat pembuka durian, sebuah bakul jambu, satu meja lipat dan sebuah payung kanopi.

Beliau  menjelaskan, semua barangan sitaan boleh ditebus semula oleh pemilik dengan bayaran penalti yang ditetapkan, manakala barangan yang tidak dituntut akan dilupuskan di tapak pelupusan MBM di Kuala Baram, dengan setiap proses direkodkan bagi memastikan ketelusan.

“Tiada isu penguat kuasa menikmati durian yang disita. Orang awam juga boleh memohon untuk menyaksikan proses pelupusan,” tegasnya.

Sementara itu,  peniaga musim buah ketika ini digalakkan berniaga di Terminal Bas Lama, Pujut Corner di sini sebagai Pusat Buah Bermusim tanpa sebarang bayaran buat masa ini.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Parti Demokratik Progresif Krian gerakkan jentera awal hadapi PRN13
Next: Dewan SK Mador miliki sistem pendawaian baharu hasil projek RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.