Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBM hidupkan semula kempen ‘Tiada Plastik Sekali Guna’
  • Utara
  • WILAYAH

MBM hidupkan semula kempen ‘Tiada Plastik Sekali Guna’

Utusan Sarawak 4 hours ago
BERUCAP….Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Ariffin Mohamad (tengah) semasa berucap pada Sesi Dialog ‘Tiada Plastik Sekali Guna’ bersama pemilik pasar raya di Dewan Bandaraya Miri hari ini.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menggerakkan semula kempen ‘Tiada Plastik Sekali Guna’ sebagai langkah memperkukuh usaha mengurangkan penggunaan bahan plastik di bandar raya ini.

Datuk Bandar, Adam Yii, melalui ucapan yang dibacakan Timbalannya, Ariffin Mohamad, berkata kempen itu perlu dihidupkan semula berikutan penurunan ketara amalan mesra alam dalam kalangan masyarakat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

”Menurutnya, walaupun MBM pernah mencatat kejayaan menerusi Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Beg Plastik’ pada 2010 dan kempen fasa kedua pada 2016, perkembangan semasa menunjukkan tekanan terhadap alam sekitar terus meningkat dan memerlukan tindakan segera.

“Alam sekitar kita tidak lagi mampu menampung peningkatan sampah plastik. Oleh itu, MBM memperbaharui kempen ini dengan pelaksanaan yang lebih tegas melibatkan pengurangan beg plastik, penyedut minuman plastik dan bahan polisterina,” katanya ketika berucap pada Sesi Dialog bersama pemilik pasar raya di Dewan Bandaraya Miri hari ini.

 DIALOG…Majlis Bandaraya Miri mengadakan Sesi Dialog ‘Tiada Plastik Sekali Guna’bersama pemilik pasar raya di Dewan Bandaraya Miri hari ini.

Adam berkata, pasar raya dan pasar raya besar memainkan peranan kritikal kerana berada di barisan hadapan dalam mempengaruhi tingkah laku pengguna, justeru kerjasama sektor berkenaan amat penting bagi melancarkan pelaksanaan kempen tersebut.

Kempen yang diperbaharui itu memberi tumpuan kepada pelaksanaan ‘Tiada Beg Plastik’, iaitu tiada lagi beg plastik sekali guna dibekalkan di premis runcit.

Pada masa sama, inisiatif ‘Tiada Penyedut Minuman Plastik’ dan ‘Katakan Tidak kepada Styrofoam’ turut dipertingkat bagi memastikan pendekatan pengurangan plastik dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau berkata, usaha MBM itu sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 12, 13 dan 14 serta menyokong teras Strategik PCDS 2030 Sarawak yang menitikberatkan kelestarian alam sekitar dan inklusiviti sosial.

“Kita mahu memastikan Miri kekal sebagai bandar yang bersih, selamat dan lestari untuk generasi akan datang. Ini memerlukan sokongan semua pihak, termasuk sektor peruncitan,” katanya.

Sesi dialog tersebut turut dihadiri lebih 50 wakil pasar raya dan pemain industri runcit di sekitar bandar raya ini.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pengunjung luar jadi pemangkin perkembangan ekonomi Limbang
Next: MBKS teliti aspek keselamatan dan kualiti kemudahan di Pasar Kenyalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.