Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MBKS teguh usaha jadikan Kuching Selatan bandar mesra kanak-kanak
  • SEMASA

MBKS teguh usaha jadikan Kuching Selatan bandar mesra kanak-kanak

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Wee Hong Seng berucap pada Majlis Pengiktirafan MBKS sebagai Calon Bandar bagi Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak UNICEF, di Lobi Majlis Bandaraya Kuching Selatan, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) terus memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi menjadikan Kuching Selatan sebagai bandar mesra kanak-kanak di bawah Insentif Bandar Mesra Kanak-kanak(CFCI).

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata komitmen itu selari dengan peranan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan persekitaran selamat, inklusif dan kondusif bagi perkembangan kanak-kanak.


Beliau berkata sejak menjalin kerjasama dengan UNICEF pada 2022, MBKS melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menubuhkan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan (MKKS) pada Ogos 2024.

“Majlis ini bukan simbolik. Ia platform sebenar untuk kanak-kanak memberi pandangan dan menyumbang kepada halatuju bandar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan MBKS sebagai Calon Bandar CFCI, di Lobi Majlis Bandaraya Kuching Selatan, di sini, hari ini.

DATO Wee Hong Seng dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Pengiktirafan MBKS sebagai Calon Bandar bagi Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak UNICEF, di Lobi Majlis Bandaraya Kuching Selatan, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Menurut beliau, MBKS turut menaik taraf taman permainan, laluan pejalan kaki serta kawasan hijau di beberapa lokasi antaranya BDC Open Space dan Lorong Bayor Bukit, selain membangunkan taman autistik untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Katanya, MKKS itu juga terbabit dalam kajian dan aktiviti komuniti, termasuk tinjauan mengenai penglibatan belia di pusat penjaja serta program kesedaran alam sekitar seperti kempen ‘Trash to Hope’.

“Pengalaman ini membantu mereka membina keyakinan dan pada masa sama menyumbang kepada pembangunan bandar,” ujarnya.

Dato Wee berkata MBKS telah menyediakan Pelan Tindakan Bandar Mesra Kanak-Kanak 2026 sehingga 2029 berdasarkan analisis situasi yang dijalankan bersama Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak.

Pelan itu memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti, penyertaan budaya, gastronomi, kemampanan, literasi digital, penuaan sihat dan usaha membentuk bandar pintar.

“Kami tidak boleh melaksanakan agenda ini secara bersendirian. Ia memerlukan sokongan kementerian, jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti dan sektor swasta,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa setiap kanak-kanak di Kuching Selatan perlu diberi peluang untuk berkembang, sejahtera dan terlibat dalam pembangunan komuniti.

“Bandar mesra kanak-kanak juga perlu menjadi bandar yang bersedia untuk masa depan,” jelasnya.

Dato Wee turut merakamkan penghargaan kepada UNICEF, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta semua rakan kerjasama atas sokongan kepada usaha MBKS.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anwar tiba di Singapura untuk Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Majlis Pelancaran Buku Biografi ‘Abang Johari: Sarawak’s First Premier’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.