Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS teguh semangat ‘No One Left Behind’ – RM67,105.85 dikumpul untuk 22 NGO
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS teguh semangat ‘No One Left Behind’ – RM67,105.85 dikumpul untuk 22 NGO

Utusan Sarawak 1 day ago
KENANGAN…Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, merakam kenangan bersama barisan juri pertandingan Landskap Kawasan Sekolah 2025 pada Malam Amal Festival Kuching 2025 di Tapak Pesta Kuching, malam tadi.

KUCHING: Semangat kebersamaan dan kepedulian menjadi teras penganjuran Malam Amal Festival Kuching 2025 yang berlangsung meriah di tapak Pesta Kuching, malam tadi.

Majlis tersebut sekali gus menyaksikan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berjaya mengumpul dana sebanyak RM67,105.85 untuk disalurkan kepada 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan memerlukan.

PEMENANG Pertandingan Taman dan Landskap Sekolah Kategori B (Sekolah Rendah), dimenangi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Apong yang membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta trofi.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dalam ucapannya berkata, jumlah kutipan tersebut tidak termasuk sumbangan RM1,000 daripada CCK, hasil sumbangan ikhlas para pengusaha gerai yang telah berusaha bukan sahaja menyediakan juadah kepada ribuan pengunjung, malah turut menyumbang demi tujuan kebajikan.

“Ini adalah bukti semangat Tiada Yang Tertinggal Di Belakang ‘No One Left Behind’ yang menjadi pegangan MBKS, kita bergembira bersama dan kita juga saling menjaga antara satu sama lain,” katanya.

DATO Wee Hong Seng merakam gambar kenangan bersama barisan penerima sijil.

Beliau turut menggesa NGO yang menerima sumbangan agar memperluas skop bantuan dengan proaktif mengenal pasti mereka yang memerlukan walaupun tidak tampil meminta bantuan.

“Ada dalam kalangan masyarakat yang menderita dalam diam. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan membantu mereka sebelum mereka datang meminta,” tegasnya.

Festival Kuching yang bermula pada 25 Julai lalu kini hanya berbaki empat hari sebelum tirainya ditutup dan meskipun berdepan cuaca hujan lebat dan angin kencang, kawasan pesta tetap dibanjiri pengunjung setiap malam.

DATO Wee Hong Seng menyampaikan sijil kepada salah satu penerima.

“Itulah semangat orang Kuching, hujan atau panas, kita tetap berkumpul menikmati makanan, muzik dan persahabatan,” ujar beliau sambil menegaskan bahawa pesta ini adalah sebahagian daripada pengiktirafan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Gerai Berhias Terbaik yang dinilai oleh tiga juri dari Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) Cawangan Sarawak berdasarkan kreativiti, daya tarikan visual, kekemasan, kebersihan, persembahan makanan, pemakaian pengendali makanan yang sesuai serta pematuhan peraturan majlis.

DATO Wee Hong Seng merakam gambar kenangan bersama salah satu penerima sumbangan.

Beliau juga memuji penyertaan pelajar dalam Pertandingan Landskap Sekolah yang menurutnya membuktikan bahawa sebuah bandar gastronomi juga harus menjadi bandar hijau.

“Teruskan semangat menjaga alam sekitar ini kerana anda adalah penjaga masa depan keindahan Kuching,” katanya.

PENYERAHAN replika cek jumlah sumbangan amal pada majlis Amal Festival Kuching 2025 di tapak Festival Kuching malam tadi.

Mengakhiri ucapannya, beliau menggesa orang ramai memanfaatkan baki empat hari Festival Kuching untuk terus mengeratkan hubungan, berkongsi kegembiraan dan mengukuhkan semangat prihatin demi menjadikan Kuching bukan sekadar bandar untuk didiami, tetapi bandar untuk dicintai.

Continue Reading

Previous: Ular sawa 2.5 meter ditangkap di Kampung Narum Marudi
Next: Penjagaan sungai secara berkesan mampu bendung wabak dan bencana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.