Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS tegas penilaian semula cukai pintu ikut undang-undang, bukan beban rakyat
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS tegas penilaian semula cukai pintu ikut undang-undang, bukan beban rakyat

Utusan Sarawak 9 hours ago
JELASKAN…Datuk Wee Hong Seng ketika sidang media di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng menegaskan isu penilaian semula cukai pintu yang dijalankan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) tidak wajar dipolitikkan kerana ia adalah proses rutin mengikut peruntukan undang-undang pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, penilaian semula dibuat secara berkala bagi memastikan cukai pintu mencerminkan keadaan sebenar sesebuah hartanah, termasuk pengubahsuaian, penambahan tingkat mahupun pengurangan ruang bangunan.

“Ini adalah amalan sah dan biasa. Kalau rumah satu tingkat diubah menjadi dua tingkat, semestinya cukai meningkat kerana nilai hartanah bertambah.

“Tetapi kalau bangunan diruntuhkan dan tinggal tanah kosong, kadar pula akan diturunkan. Jadi ia bukan beban semata-mata, sebaliknya satu keperluan yang adil. Jangan politikkan isu ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MBKS hari ini.

Datuk Wee menjelaskan, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan penduduk Jalan Noakes, Sungai Apong, susulan kebimbangan yang timbul mengenai notis penilaian semula baru-baru ini.

Menurutnya, majlis mengambil masa hampir dua minggu untuk menerangkan secara terperinci bagaimana nilai baharu dikira.

“Hasil dialog itu, kita faham ada yang rasa beban datang mendadak. Maka, kita bersetuju kadar baharu hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

“Ini memberi masa kepada penduduk untuk membuat persediaan. Kita bukan mahu membebankan rakyat, sebaliknya mencari jalan menang-menang,” jelasnya.

Beliau menambah, keprihatinan MBKS terhadap kebajikan penduduk terbukti apabila majlis sanggup mendengar secara langsung keluhan mereka walaupun pada cuti umum.

“Kita sentiasa terbuka, sama ada melalui sesi dialog, media sosial, malah saya sendiri sering ditemui ketika turun padang. Saluran komunikasi sentiasa ada, asalkan penduduk datang terus kepada kita dan bukan bergantung pada khabar angin,” katanya.

Datuk Wee turut mengingatkan supaya isu berkenaan tidak diputar belit pihak tertentu sehingga menimbulkan rasa benci terhadap pihak berkuasa tempatan.

“Kita mahu Kuching kekal sebagai sebuah bandar aman dan masyarakat hidup harmoni. Jangan jadikan isu ini modal politik untuk menghasut. Tugas kita adalah menyelesaikan masalah rakyat, bukan menambah beban mereka,” tegasnya.

Katanya lagi, semua ahli majlis sentiasa berada di lapangan untuk mendengar aduan dan mencari penyelesaian mesra rakyat.

MBKS, ujarnya, komited melaksanakan pentadbiran yang telus serta menjaga keseimbangan antara keperluan pembangunan bandar dan kemampuan penduduk membayar cukai.

“Penduduk yang baik pasti faham, sebagai warganegara yang bertanggungjawab, mereka perlu membayar kadar yang sepatutnya mengikut nilai semasa hartanah. Kita di pihak majlis pula berjanji sentiasa berlaku adil dan tidak membebankan mereka tanpa sebab munasabah,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Kepala, perut, paha manusia dalam perut buaya ditemukan
Next: Kempen kitar semula E-Waste dan minyak masak terpakai di Bintulu 11–12 Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.