Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS tegas larang jual, pindah milik gerai Festival Makanan Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS tegas larang jual, pindah milik gerai Festival Makanan Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memberi amaran keras kepada semua peniaga agar tidak menjual, memindahkan atau menyerahkan hak milik gerai yang diperuntukkan di Festival Makanan Kuching 2026 kepada pihak ketiga.

Tindakan itu susulan pengesanan satu iklan yang tular di media sosial menawarkan sebuah gerai Festival Makanan Kuching 2026 untuk dijual.

MBKS mengingatkan semua pemohon yang berjaya bahawa mereka dilarang sama sekali menyewakan, memajak, memindahkan, menjual, menyerahkan atau berkongsi gerai yang diperuntukkan kepada mana-mana pihak lain dalam apa jua keadaan.

Pengagihan gerai bagi festival berkenaan dilaksanakan menerusi proses permohonan dan pemilihan yang ditetapkan bagi memastikan keadilan serta peluang yang sama rata kepada semua pemohon.

Sebarang cubaan menjual, memindahkan atau meraih keuntungan daripada gerai yang telah diperuntukkan merupakan pelanggaran langsung terhadap syarat dan terma yang telah dipersetujui oleh pemohon yang berjaya.

Selain itu, semua pengusaha gerai yang berjaya diwajibkan menjalankan perniagaan setiap malam sepanjang tempoh penganjuran festival tersebut.

Kegagalan beroperasi selama tiga malam secara terkumpul boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan diambil, termasuk kehilangan wang deposit mengikut kategori gerai masing-masing.

MBKS menegaskan sebarang pelanggaran syarat tidak akan dikompromi dan mana-mana pemohon yang didapati melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan termasuk pembatalan serta-merta peruntukan gerai, kehilangan deposit serta disenaraihitamkan daripada membuat permohonan pada masa hadapan, termasuk penyertaan dalam edisi Festival Makanan Kuching yang akan datang.

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membeli, berunding atau terlibat dalam sebarang urusan penjualan, pemindahan atau pengambilalihan gerai yang telah diperuntukkan.

Semua transaksi sedemikian adalah tidak sah, tidak dibenarkan dan tidak akan diiktiraf oleh pihak majlis dalam apa jua keadaan.

Orang ramai dan para pemohon juga diminta menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh MBKS serta mematuhi sepenuhnya prosedur dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti, keadilan dan peluang yang sama kepada semua peserta.

MBKS akan terus memantau keadaan tersebut dan berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan syarat serta peraturan pengagihan gerai.

Continue Reading

Previous: RM1.8 juta projek lampu solar manfaatkan 14 kampung di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.