Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS rancang senarai hitam nombor telefon ‘along’, perang terhadap iklan haram diperkasa
  • TEMPATAN

MBKS rancang senarai hitam nombor telefon ‘along’, perang terhadap iklan haram diperkasa

Utusan Sarawak 4 hours ago
BANTERAS… Pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merancang untuk menyenaraihitamkan nombor telefon yang digunakan dalam iklan haram pinjaman wang sebagai langkah baharu membanteras kegiatan ‘along’ (ceti haram) yang mencemarkan imej bandar raya Kuching.

KUCHING: Pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merancang untuk menyenaraihitamkan nombor telefon yang digunakan dalam iklan haram pinjaman wang sebagai langkah baharu membanteras kegiatan ‘along’ (ceti haram) yang mencemarkan imej bandar raya Kuching.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, berkata langkah itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas pihak majlis mengumpulkan ribuan nombor telefon yang dipaparkan pada bahan iklan haram di sekitar bandar ini.

“Kami telah mengumpulkan semua nombor telefon yang tertera pada iklan haram ini dan MCMC akan membantu kami dari segi sistem untuk menyenaraihitamkan nombor-nombor berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak di sebuah gerai makan, Jalan Padungan, di sini, hari ini.

DATO Wee Hong Seng ketika ditemui Utusan Sarawak di sebuah gerai, Jalan Padungan, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Menurut Dato Wee, sepanjang tahun lalu, pihak MBKS telah menurunkan lebih 15,000 hingga 20,000 bahan iklan haram pinjaman wang, termasuk sepanduk, poster dan risalah yang dilekatkan di pokok, tiang lampu serta kawasan awam.

“Ini bukan perkara untuk dibanggakan. Ini tanggungjawab kami kerana iklan ini memberi gambaran buruk seolah-olah Kuching bandar along,” tegasnya.

Beliau berkata pihak MBKS tidak pernah meluluskan sebarang iklan pinjaman wang, justeru semua bahan promosi sedemikian adalah menyalahi undang-undang.

Dalam usaha membanteras kegiatan itu secara menyeluruh, Dato Wee berkata pihak MBKS bukan sahaja bergantung kepada penguatkuasaan, malah menggalakkan penglibatan komuniti setempat yang menunjukkan rasa memiliki terhadap bandar.

“Ada penduduk yang terus menanggalkan iklan ini sebaik sahaja melihatnya. Ini sikap yang sangat kami hargai,” katanya.

Dalam pada itu, Dato Wee mengesahkan bahawa orang awam dibenarkan menanggalkan bahan iklan haram yang dipasang di kawasan awam kerana ia tidak pernah mendapat kelulusan pihak majlis.

“Kalau sukar atau berbahaya, maklumkan kepada kami. Pasukan MBKS akan pergi dan menurunkannya,” katanya.

Beliau menegaskan usaha membanteras iklan haram memerlukan kerjasama semua pihak demi memastikan imej Kuching kekal bersih dan selamat.

“Bandar ini milik kita bersama. Kalau kita mahu ia bebas daripada imej negatif, semua perlu main peranan,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BBP Kota Sentosa pantau kawasan berisiko banjir di Batu Kitang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.