
KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, meraikan jamuan Tahun Baharu Cina (TBC) bersama para penjaja di Pusat Penjaja Kenyalang hari ini, bagi mengeratkan hubungan serta menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau berkata tujuan jamuan itu adalah untuk menekankan perpaduan, keharmonian dan penghargaan terhadap usaha penjaja, selain mengekalkan pasar sebagai sebahagian daripada warisan bandar.
“Hanya melalui perpaduan kita dapat memajukan Kuching Selatan. Sokongan anda dari pagi hingga malam memastikan makanan tersedia untuk semua, dan usaha ini amat dihargai. Saya tahu ramai anak-anak anda kini menuntut di kolej, namun anda masih di sini menyumbang kepada masyarakat.
“Walaupun jamuan ini sederhana, ia melambangkan keikhlasan kami untuk mengucapkan terima kasih kepada anda. Tanpa anda, rakyat tidak dapat menikmati sarapan dan makan tengah hari dengan mudah,” tambahnya, menyentuh sumbangan generasi muda keluarga penjaja.

Dato Wee menggesa supaya jamuan ini diteruskan setiap tahun dan sumbangan penjaja terus dihargai.
“Sudah lama kita tidak makan bersama. Kita perlu makan bersama-sama. Kadang-kadang makan secara bergilir-gilir pun tidak mengapa,” ujarnya sambil tersenyum.
Selain itu, Dato Wee menekankan kepentingan mengekalkan harga yang wajar, standard perkhidmatan, dan kebersihan pasar, agar warisan pasar makanan ini terus dipelihara
Beliau juga menggesa penjaja dan warga bandar agar memanfaatkan ruang Taman Kenyalang untuk bersenam, bagi memastikan kesihatan dan kemampuan meneruskan usaha menjaga pasar makanan tetap terpelihara.
Oleh Adele Rissa