Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MBKS raih dua anugerah Penghormatan Khas MyPLACE Awards 2025
  • SEMASA

MBKS raih dua anugerah Penghormatan Khas MyPLACE Awards 2025

Utusan Sarawak 18 hours ago
MAJLIS Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berjaya meraih dua Anugerah Penghormatan Khas pada MyPLACE Awards 2025.

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berjaya meraih dua anugerah Penghormatan Khas pada MyPLACE Awards 2025 anjuran Institut Perancang Malaysia (MIP), sekali gus mengiktiraf kecemerlangan pihak berkuasa tempatan itu dalam usaha memperkukuh ruang awam yang mesra komuniti dan lestari.

Tahun ini, MBKS menghantar tiga projek untuk dinilai dan berjaya memenangi dua daripadanya, iaitu Projek Rejuvenasi Kenyalang Park di bawah kategori Taman Komuniti dan Kejiranan (Subkategori 3A: Taman Awam) serta Projek Kuching Park di bawah kategori Taman Bandar dan Pekan (Subkategori 2A: Bawah 50 Hektar).

MBKS meraih anugerah Projek Kuching Park di bawah kategori Taman Bandar dan Pekan (Subkategori 2A: Bawah 50 Hektar).

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan tersebut yang menurutnya mencerminkan komitmen MBKS melalui Program Kehijauan dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.

“Pengiktirafan ini adalah penghormatan kepada kerja keras Bahagian Landskap, Bahagian Bangunan, Bahagian Kejuruteraan serta sokongan padu masyarakat. 

MBKS meraih anugerah Projek Rejuvenasi Kenyalang Park di bawah kategori Taman Komuniti dan Kejiranan (Subkategori 3A: Taman Awam).

“Taman dan kebun adalah paru-paru bandar, dan melalui reka bentuk serta perancangan rapi, kita telah mengubahnya menjadi pusat yang menghidupkan komuniti,” katanya.

Wee turut merakamkan penghargaan kepada pengguna taman atas peranan aktif mereka menjaga kebersihan dan kelestarian ruang hijau tersebut.

MBKS menegaskan komitmennya untuk terus memperluas inisiatif hijau, memperkukuh penyertaan masyarakat serta memastikan Kuching kekal sebagai model bandar yang inklusif, lestari dan berkualiti hidup tinggi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan MADANI akan terus buka ruang perbincangan secara harmoni dengan kerajaan Sarawak, Sabah – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.