Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS perkukuh keselamatan Flat KMC selepas insiden pecah rumah
  • TEMPATAN

MBKS perkukuh keselamatan Flat KMC selepas insiden pecah rumah

Utusan Sarawak 1 day ago

TINJAU… Dato Wee Hong Seng melakukan tinjauan di Flat KMC bagi menangani kes pecah rumah. Foto MBKS

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bertindak pantas menangani kes pecah rumah yang berlaku di Flat KMC dengan mengambil langkah memperkukuh keselamatan kawasan berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata pihaknya telah turun padang baru-baru ini untuk meninjau keadaan serta membantu penduduk.

“Selain membantu penduduk memperkukuh pintu rumah, kami turut berbincang dengan pihak polis untuk melihat kemungkinan menempatkan pondok pengawal di kawasan itu. 

“Notis juga akan dihantar kepada semua penghuni Flat KMC sebagai peringatan agar sentiasa mengunci pintu dan tingkap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan MBKS, hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sebahagian penduduk tidak mengunci pintu atau tingkap, dan ada kes penceroboh masuk melalui tingkap tandas. 

Sejak awal tahun ini, sembilan kes dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan namun hanya empat daripadanya dibuat laporan polis.

“Kebanyakan kecurian ini melibatkan barangan kecil atau wang tunai bernilai sekitar puluhan ringgit, tetapi jumlah kerugian bukan alasan untuk memandang ringan kes ini. 

“Kecurian tetap satu jenayah dan kita mahu pelaku dibawa ke muka pengadilan,” jelasnya.

Wee berkata pihak majlis juga akan membantu penduduk yang tidak mampu membaiki atau menukar pintu dengan menanggung kos tersebut demi memastikan keselamatan semua.

“Keselamatan komuniti adalah keutamaan kami. 

“Kami bertindak pantas, memantau, dan akan membuat susulan sehingga keadaan kembali selamat,” tambahnya. 

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Meniti Cakerawala 2.0 warnai penutup Kuching Festival 2025
Next: Etiqa Kembara Pan Borneo 2025 kukuhkan hubungan komuniti di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.