Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS perhebat tindakan tangani anjing liar, ingatkan pemilik haiwan patuh peraturan
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS perhebat tindakan tangani anjing liar, ingatkan pemilik haiwan patuh peraturan

Utusan Sarawak 4 hours ago
Dato Wee Hong Seng ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengiktirafan MBKS Sebagai Calon Bandar Bagi Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak (CFC) oleh UNICEF, hari ini.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menegaskan komitmen mereka untuk memperhebat tindakan menangani isu anjing liar di bandar raya ini, termasuk operasi berterusan bersama agensi berkaitan dan pelaksanaan penalti lebih tegas terhadap pemilik haiwan yang cuai.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, pasukan penguatkuasa sentiasa menjalankan operasi, namun berdepan cabaran kerana anjing liar amat sukar ditangkap.

“Kalau orang tidak pernah ikut operasi, mereka tidak tahu betapa susahnya. Saya sendiri pernah ikut beberapa kali, lari kejar anjing bukan perkara mudah. Sebelum kita sampai, mereka sudah lari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengiktirafan MBKS Sebagai Calon Bandar Bagi Inisiatif Child Friendly Cities (CFC) oleh UNICEF, hari ini.

Beliau berkata, tindakan MBKS sering disalah tafsir kerana orang ramai hanya melihat klip akhir yang tular, bukan keseluruhan situasi.

“Kita bukan tidak buat kerja. Cuma bila kita sampai, anjing itu lari. Kita tidak boleh letak penguatkuasa tunggu di situ sepanjang hari,” katanya sambil menambah laporan awam tetap diambil maklum namun memerlukan kesabaran masyarakat.

Dato Wee turut mengingatkan pemilik anjing agar memastikan haiwan mereka divaksin, dilesenkan dan dipasang mikrocip, selain memastikan ia sentiasa berada di dalam kawasan rumah.

“Apabila kempen penalti Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS) bermula, kita tidak akan lagi beri pengecualian atau diskaun.

“Jika anjing anda berada di luar dan ditangkap, kami akan ambik tindakan. Jadi, tolong berlaku adil,” tegasnya.

Beliau menambah bahawa anjing peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran atas alasan menjaga keselamatan rumah.

Dato Wee berkata, usaha menangani anjing liar adalah proses berterusan dan memerlukan sokongan masyarakat.

“Kami buat bahagian kami. Tetapi kalau pemilik sendiri tidak kawal haiwan mereka, masalah ini akan terus berlaku. Kita perlukan kempen bersama,” jelasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa MBKS tidak bertujuan menghukum, sebaliknya memastikan keselamatan awam termasuk pengguna jalan raya, penghantar makanan dan orang ramai.

Mengulas insiden tular melibatkan penjual durian baru-baru ini, beliau berkata pengguna internet hanya melihat detik terakhir tanpa memahami latar belakang kes.

“Itu sebenarnya kes berulang. Sudah tujuh atau lapan kali diberi amaran. Bila sudah terlalu banyak kali, kita tidak boleh beri peluang lagi,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak terus menyalahkan pihak berkuasa tanpa mengetahui situasi sebenar.

“Bila kita tidak kuat kuasa, orang kata kita tak kerja. Bila kita kuat kuasa, orang marah pula. Jadi bagaimana? Kita hanya minta masyarakat faham,” tambahnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis Kuching minta bantuan jejaki wanita hilang
Next: MBKS tegaskan tiada lesen kelab persendirian, pantau ketat pusat refleksologi dan kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.