Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS naik taraf ruang terbuka di Lorong Bayor Bukit 14, wujudkan hab rekreasi mesra komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS naik taraf ruang terbuka di Lorong Bayor Bukit 14, wujudkan hab rekreasi mesra komuniti

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Wee Hong Seng menyerahkan surat kontrak pembinaan kepada pemaju pada susulan penyerahan tapak di Lorong Bayor Bukit 14 di Kuching, hari ini. 

KUCHING: Dalam usaha berterusan mempertingkatkan kualiti ruang awam dan kesejahteraan komuniti, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara telah memulakan kerja-kerja menaik taraf ruang terbuka di Lorong Bayor Bukit 14 menerusi inisiatif Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan.

Projek ini secara rasmi dimulakan pada 11 Jun lepas selepas sesi penyerahan tapak yang disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, bersama Ahli-Ahli Majlis dan pegawai kanan MBKS. Tempoh pelaksanaan kerja dijadualkan selama 16 minggu, dengan tarikh siap dijangka pada 1 Oktober depan.

DATO Wee Hong Seng memberi taklimat ringkas kerja-kerja menaik taraf ruang terbuka di Lorong Bayor Bukit 14 di Kuching, hari ini. 

Naik taraf ini bakal menyaksikan transformasi kawasan terbuka dalam kawasan perumahan menjadi hab rekreasi yang lebih selamat, mesra pengguna dan inklusif untuk komuniti setempat.

Inisiatif ini bakal menyaksikan transformasi kawasan terbuka dalam kawasan perumahan menjadi sebuah hab rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan inklusif untuk komuniti setempat.

Antara elemen naik taraf utama merangkumi pembinaan laluan pejalan kaki baharu lengkap dengan sistem saliran, pemasangan permainan kanak-kanak, peralatan kecergasan, gazebo, meja pingpong konkrit, permainan lompat getah, lampu solar, serta kerja-kerja penanaman pokok teduhan dan pokok renek baharu.

Dato Wee menegaskan bahawa inisiatif penambahbaikan ruang hijau ini adalah sejajar dengan komitmen MBKS terhadap Child Friendly Cities Initiative (CFCI) serta usaha mempromosi bandar mesra usia.

ANTARA imej grafik yang bakal dibina di Lorong Bayor Bukit 14 yang akan menjadi hab rekreasi yang selamat dan mesra untuk komuniti sekitar. 

“Ruang terbuka seperti ini sangat penting dalam menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan hubungan komuniti dan menyokong kesejahteraan mental, terutamanya bagi kanak-kanak dan warga emas. MBKS komited mewujudkan kejiranan yang selamat, mesra dan inklusif untuk semua peringkat umur,” katanya.

Pihak MBKS turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Landskap Negara atas sokongan kewangan dan kerjasama yang diberikan.

MBKS juga akan terus meneroka peluang penambahbaikan ruang awam lain demi memperkukuh interaksi komuniti, merangsang hubungan antara generasi, serta meningkatkan kualiti hidup warga Kuching Selatan secara menyeluruh.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 67 warga Miri terima sijil pengiktirafan Bumiputera Sarawak
Next: Pustaka Miri anjur Kempen Derma Darah suku tahun kedua pada 21 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.