Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS lanjut waktu operasi Taman Sahabat hingga tengah malam esok sempena Chap Goh Mei
  • TEMPATAN

MBKS lanjut waktu operasi Taman Sahabat hingga tengah malam esok sempena Chap Goh Mei

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAJLIS Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengumumkan lanjutan waktu operasi Taman Sahabat sehingga 12.00 tengah malam esok sempena sambutan Chap Goh Mei.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengumumkan lanjutan waktu operasi Taman Sahabat sehingga 12.00 tengah malam esok sempena sambutan Chap Goh Mei.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, lanjutan khas itu bertujuan memberi peluang kepada keluarga dan pengunjung untuk menikmati suasana perayaan serta keindahan taman yang dihiasi dengan limpahan lampu dekoratif berwarna-warni.

“Chap Goh Mei yang merupakan hari ke-15 dan penutup kepada sambutan Tahun Baharu Cina adalah waktu untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, berkongsi kegembiraan dan menghargai kebersamaan.

“Dengan melanjutkan waktu operasi taman, kita berharap orang ramai dapat meluangkan masa berjalan santai pada waktu malam, menikmati udara segar serta merakam kenangan indah bersama insan tersayang dalam suasana yang meriah dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Taman Sahabat yang terkenal dengan tasik yang indah, landskap taman terancang serta persekitaran yang tenang kini dihiasi lampu-lampu dekoratif sempena musim perayaan, sekali gus menjadi lokasi sesuai untuk sesi fotografi dan aktiviti riadah keluarga.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan para pengunjung agar sentiasa mematuhi peraturan taman, menjaga kebersihan serta mengutamakan keselamatan sepanjang berada di kawasan tersebut.

“Marilah kita menyambut Chap Goh Mei secara bertanggungjawab dan bersama-sama memelihara keindahan kemudahan awam. Taman Sahabat adalah milik kita bersama,” tambahnya.

Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung dan memeriahkan sambutan Chap Goh Mei dalam suasana selamat, tertib dan penuh keharmonian.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak perkasa kontraktor tempatan melalui sumbangan jentera dan mesin
Next: PTTS tawar tiga piala utama sebagai acara kemuncak tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.