Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS kenal pasti isu jalan rosak, sistem perparitan di Lorong Sungai Apong
  • TEMPATAN

MBKS kenal pasti isu jalan rosak, sistem perparitan di Lorong Sungai Apong

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Wee Hong Seng meninjau keadaan sistem perparitan yang melimpah ke atas jalan di Lorong Sungai Apong berhampiran Gelanggang Bola Keranjang Sungai Apong (SABA).

KUCHING: Beberapa isu berkaitan keadaan jalan dan sistem perparitan di Lorong Sungai Apong, berhampiran Gelanggang Bola Keranjang Sungai Apong (SABA) dikenal pasti memerlukan perhatian segera bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan penduduk setempat.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, hasil tinjauan di kawasan tersebut mendapati air daripada sistem perparitan melimpah ke atas jalan, sekali gus menyebabkan kawasan itu mudah dinaiki air.

KEADAAN permukaan jalan yang rosak dan telah dibaiki di Lorong Sungai Apong bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
 

Menurut beliau, hasil perbincangan bersama penduduk berhampiran mendapati keadaan itu berpunca daripada pembetung sedia ada yang sudah dipenuhi air sehingga menjejaskan aliran lancar ke sungai.

“Apabila berlaku hujan lebat, aliran air dari parit di bahagian hulu meningkat dan menyebabkan air melimpah ke jalan serta kawasan sekitarnya,” katanya ketika dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, keadaan itu bukan sahaja menyukarkan pengguna jalan raya malah turut menimbulkan risiko keselamatan kepada pejalan kaki termasuk murid sekolah yang kerap menggunakan laluan berkenaan.

KEADAAN jalan yang sering dinaiki air susulan masalah aliran perparitan di kawasan tersebut.
 

Dalam pada itu, beliau turut mendapati terdapat beberapa lubang pada permukaan jalan di bahagian hadapan laluan menuju ke Kampung Sungai Apong.

Susulan lawatan tersebut, Wee mengarahkan pasukan kejuruteraan MBKS untuk melaksanakan kerja pembaikan segera bagi meningkatkan keselamatan jalan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kerja menampal lubang jalan di laluan terjejas telah pun dilaksanakan, manakala penyelesaian jangka panjang bagi isu perparitan sedang diteliti.

“MBKS juga sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan kerja penambahbaikan sistem perparitan bagi mengelakkan kejadian banjir berulang pada masa akan datang,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan kutipan sampah diawalkan sehari sempena Aidilfitri
Next: Violet Yong hargai sumbangan pemandu perkhidmatan penghantaran wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.