Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS galak ekspresi seni belia menerusi K-Stage 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS galak ekspresi seni belia menerusi K-Stage 2025

Utusan Sarawak 23 hours ago
DATUK Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng menghadiri Pertandingan K-Stage 2025 – K-Pop Dance Cover Festival Kuching. Turut hadir,Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

KUCHING: Pertandingan K-Stage 2025 – K-Pop Dance Cover Festival Kuching yang diadakan buat julung kalinya merupakan sebahagian daripada usaha Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memupuk semangat inklusiviti serta memperkasa golongan belia melalui platform seni dan budaya.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata MBKS komited memastikan setiap program yang dianjurkan dapat melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk golongan muda, peminat seni serta pencinta budaya moden seperti K-Pop.

“Fenomena K-Pop bukan sekadar hiburan. Ia merupakan satu bentuk ekspresi generasi muda, budaya global dan pemacu kreativiti,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis perasmian pertandingan tersebut, malam tadi.

Beliau berkata penganjuran pertandingan itu memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan menonjolkan potensi mereka selain membina keyakinan diri dalam suasana persaingan yang sihat.

Katanya, kejayaan rakyat Malaysia seperti Ling Ling yang baru-baru ini debut sebagai ahli kumpulan K-Pop antarabangsa Kiiras membuktikan bahawa anak tempatan juga berupaya mencipta nama di peringkat global.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Continue Reading

Previous: APM Saratok tangkap buaya terjerat di kolam ikan
Next: Insiden permainan berputar di Kuching Festival 2025, MBKS mohon maaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.