Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS fokus keselamatan, pemeliharaan warisan bandar
  • TEMPATAN

MBKS fokus keselamatan, pemeliharaan warisan bandar

Utusan Sarawak 2 months ago
SIDANG MEDIA… Dato Wee Hong Seng semasa sidang media khas berkenaan insiden keruntuhan kecil struktur bangunan kayu di pusat Bandar Kuching, hari ini.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memberi jaminan akan mengambil langkah segera susulan kejadian keruntuhan kecil pada struktur sebuah bangunan kayu berusia hampir 100 tahun di pusat Bandar Kuching.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng menyatakan bahawa bangunan yang terjejas bukan sekadar struktur lama, tetapi merupakan sebahagian daripada warisan seni bina yang membentuk identiti Bandar Kuching.

“Saya menghargai tindakan pantas semua agensi kecemasan, termasuk bomba, Sesco, JKR (Jabatan Kerja Raya) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kejadian berlaku sekitar 6.30 pagi dan pasukan Sesco tiba dalam tempoh kurang 15 minit untuk membantu mengasingkan bekalan elektrik, dengan lebih 10 anggota dihantar ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan media khas berkenaan insiden tersebut hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh pihak berwajib, termasuk JKR dan Institut Jurutera Malaysia (IEM) bagi menentukan punca kejadian.

Sebagai langkah jangka pendek, MBKS akan bekerjasama dengan pakar teknikal untuk menjalankan penilaian keselamatan ke atas bangunan-bangunan lama dalam kawasan pentadbirannya.

Selain itu, pihak majlis juga sedang merangka dasar jangka panjang bagi memastikan keseimbangan antara pemeliharaan warisan dan keselamatan awam.

Antara inisiatif yang dicadangkan termasuk penubuhan lembaga audit struktur, peraturan penyelenggaraan tempatan serta bantuan kepada pemilik bangunan warisan untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan.

“Kami menyeru semua pemilik bangunan agar segera melaporkan sebarang tanda kerosakan atau ketidakselamatan kepada pihak berkuasa. Ini adalah tanggungjawab bersama demi melindungi nyawa dan identiti bandar kita,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen penuh MBKS untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam menyampaikan penyelesaian yang mampan dan berkesan untuk warga Kuching. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerja pembaikan paip di Jalan Premat,
Next: Abang Johari ziarah raya ke kediaman keluarga Allahyarham Adenan Satem

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.